Penubuhan Universiti Al Quran sedang dikaji dengan serius

KUALA LUMPUR – Cadangan menaik taraf Darul Quran milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Universiti Al-Quran disambut baik kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ketika ini kerajaan sedang mengkaji dengan serius penubuhan Universiti Al-Quran tersebut. “Yang Berhormat Dungun mencadangkan agar kerajaan menaik taraf Darul […]

Persekutuan, negeri perkasakan mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri berusaha memperkasa institusi Mahkamah Syariah, dengan memperluas bidang kuasa institusi itu, selain menaik taraf sistem kehakiman dan menyemak semula kedudukan Hakim Mahkamah Syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kerajaan juga sedang meneliti kewajaran untuk menubuhkan semula Jawatankuasa […]

RM100 juta untuk sekolah tahfiz, agama

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan pada 15 Januari menyampaikan peruntukan berjumlah RM100 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok berdaftar. Ianya disampaikan oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat (YB) Lim Guan Eng kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di sini. Menurut Guan Eng, […]