Home » Langit Terbuka » RM100 juta untuk sekolah tahfiz, agama

RM100 juta untuk sekolah tahfiz, agama

Peruntukan RM100 juta untuk sekolah tahfiz, sekolah agama dan sekolah pondok berdaftar itu adalah untuk tujuan menyelenggara dan naik taraf institusi berkenaan. - Foto Malaysia Gazette

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan pada 15 Januari menyampaikan peruntukan berjumlah RM100 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok berdaftar.

Ianya disampaikan oleh Menteri Kewangan, Yang Berhormat (YB) Lim Guan Eng kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di sini.

Menurut Guan Eng, peruntukan tersebut adalah untuk menyelenggara dan menaiktaraf sekolah sekolah berkenaan, bagi memberikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa untuk pelajar di sekolah sekolah berkenaan.

“Secara pecahan, sekolah tahfiz menerima RM50 juta, sekolah agama rakyat dan persendirian RM25 juta dan sekolah pondok berdaftar RM25 juta.

“Peruntukan ini merupakan peningkatan sebanyak RM50 juta berbanding Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *