MAIS pantau ketat ajaran sesat pesantren Jawa Barat

ABDUL Aziz Mohd. Yusof (kiri) bersama peserta Seminar Al-Quran dan Al-Qiraat peringkat Kebangsaan di UITM Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memantau ketat ajaran sesat yang didakwa melibatkan sebuah sekolah pondok atau pesantren di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, beliau setakat ini belum dimaklumkan secara terperinci mengenai isu tular tersebut, namun MAIS bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memantau rapi secara berterusan mengenai semua […]

Kerajaan janji tindakan segera tangani isu kartel daging haram

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjanji tindakan segera akan diambil mengikut bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan punca berlaku kartel import daging haram. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pihaknya sudah mula mengadakan perbincangan dengan JAKIM untuk mencari kelemahan dan punca berlakunya perkara itu. Dalam […]

Jakim pantau perbuatan hina Islam, nabi

LABUAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus memantau sebarang kiriman dalam talian yang didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terdapat beberapa kes berkaitan kiriman dalam pelbagai platform media sosial yang dihadapkan ke muka pengadilan dan ia menunjukkan keseriusan Jakim […]

Polis tidak pantau rumah ke rumah semasa sambutan Aidiladha

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pada sambutan Aidiladha kelak, polis tidak lagi akan pergi rumah ke rumah untuk memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ziarah-menziarahi sempena perayaan itu. Beliau berkata, orang ramai perlu mengawal diri sendiri, keluarga dan masyarakat bagi menjamin keselamatan semua pihak daripada jangkitan wabak Covid-19. […]

COVID-19: KKM pantau pelajar tahfiz

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan lebih fokus memantau pelajar tahfiz seluruh negara kerana kes COVID-19 dalam kalangan mereka semakin meningkat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Ini kerana mereka berkemungkinan mendapat jangkitan COVID-19 daripada jemaah tabligh dan KKM juga sedang melaksanakan saringan ke atas mereka. “Namun ramai antara mereka yang […]

Tubuh jawatankuasa khas pantau aduan hina Islam, Nabi

HULU SELANGOR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau sebarang penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, di media sosial. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata Jakim mempunyai pegawai ditempatkan di SKMM bagi melakukan tindakan perlu sekiranya terdapat sebarang aduan daripada pengguna mengenai […]

PDRM kekang aktiviti penyebaran Syiah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama erat dengan penguat kuasa agama negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengekang aktiviti mengembangkan fahaman Syiah di negara ini. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan, pihaknya mempunyai maklumat mengenai gerakan kumpulan Syiah yang dipercayai menyebarkan risalah kepada orang ramai secara terbuka di […]

Polis sentiasa pantau puak pelampau, ekstrimis

KAJANG – Polis akan memperketatkan kawalan di lokasi lokasi panas dan merah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Menteri Dalam Negeri itu berkata, bagaimanapun situasi semasa di negara ini masih terkawal dan pihak polis sentiasa memantau puak puak pelampau dan ekstrimis serta pengganas dalam masyarakat. Namun katanya, setakat ini belum wujud keperluan untuk menempatkan […]