Home » Langit Terbuka » COVID-19: KKM pantau pelajar tahfiz

COVID-19: KKM pantau pelajar tahfiz

Seramai 9,842 pelajar tahfiz serta lebih 304 madrasah berada dalam rekod KKM. - Foto UM

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan lebih fokus memantau pelajar tahfiz seluruh negara kerana kes COVID-19 dalam kalangan mereka semakin meningkat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini kerana mereka berkemungkinan mendapat jangkitan COVID-19 daripada jemaah tabligh dan KKM juga sedang melaksanakan saringan ke atas mereka.

“Namun ramai antara mereka yang telah pulang ke rumah tetapi yang masih duduk di madrasah, kami dapat uji 2,697 pelajar. Yang positif (setakat ini) ialah 250 pelajar iaitu lebih kurang 9.3 peratus.

“Jadi kami masih menjalankan saringan dan ujian untuk pelajar tahfiz. Jadi itu mungkin tindakan kami untuk tempoh seminggu dua ini, mengesan pelajar tahfiz itu,” katanya dalam sidang media harian berhubung perkembangan jangkitan COVID-19 di sini.

Jelas Dr Noor Hisham, sebanyak 9,842 pelajar tahfiz serta lebih 304 madrasah berada dalam rekod KKM. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *