Lebih 80 peratus kes jenayah tular dapat diselesaikan

GEORGE TOWN – Lebih 80 peratus daripada kes jenayah yang berlaku di negara dan diviral dalam laman sosial media tahun ini sehingga hujung Mei lepas telah dapat diselesaikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis sentiasa memantau video yang merakamkan kejadian jenayah yang berlaku di seluruh negara […]

PDRM kekang aktiviti penyebaran Syiah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama erat dengan penguat kuasa agama negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengekang aktiviti mengembangkan fahaman Syiah di negara ini. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan, pihaknya mempunyai maklumat mengenai gerakan kumpulan Syiah yang dipercayai menyebarkan risalah kepada orang ramai secara terbuka di […]

IPD Serdang serah peti dan papan kenyataan cegah jenayah di masjid

KUALA LUMPUR – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menganjurkan majlis penyerahan peti maklumat dan papan kenyataan kempen cegah jenayah bersama penduduk sekitar Puchong di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara 5, Puchong, dekat sini baru-baru ini. Program kemasyarakatan itu bertujuan merapatkan jurang antara masyarakat dan polis bersesuaian dengan tema peringatan Hari Polis ke 212, Polis Dan […]

Sungai Kim Kim: Polis buru pemilik kilang warga Singapura

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mengesan seorang pemilik kilang warga Singapura bagi membantu siasatan kes melupuskan sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, di Pasir Gudang, awal bulan ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu kini diletakkan dalam senarai orang dikehendaki dan pihaknya telah memohon […]

Penghina agama Hindu pula ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan di sini berkata, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan semalam. “Suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi […]

Penjara 10 tahun 10 bulan kerana hina Nabi

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook ‘Ayea Yea’, semalam dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun 10 bulan atas 10 pertuduhan memuat naik komen berbentuk penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak, yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM)1998, turut mengarahkan hukuman penjara […]

Danny A’antonio Jr hina Nabi sudah ditahan

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook, Danny A’antonio Jr yang didakwa memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad telah ditahan semalam. Dia akan direman hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Suspek berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama, […]

Alvin Chow akhirnya dicekup polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bernama Alvin Chow yang telah diburu sejak semalam oleh polis kerana menghina agama Nabi Muhammad SAW berjaya dicekup polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek yang menggunakan akaun sosial Twitternya dan memuat naik teks berbaur menghina nabi telah dicekup polis sekitar pukul jam 5 […]

Individu hina Nabi Muhammad dikesan berada di Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Alvin Chow yang sedang diburu polis atas kesalahan menghina Nabi Muhammad dalam akaun Twitternya dikesan berada di Lembah Klang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sejak pencarian dilancarkan semalam belum ada sebarang perkembangan terbaru tangkapan suspek itu. “Belum dilaporkan perkembangan terbaharu tentang pencarian Alvin Chow dan masih sedang dikesan […]

Hina Nabi : Tiga pemilik facebook ditahan, Alvin Chow masih diburu

KUALA LUMPUR – Sebanyak 929 laporan telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseluruh negara berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, susulan laporan tersebut, sebanyak […]