Home » Langit Terbuka » Hina Nabi : Tiga pemilik facebook ditahan, Alvin Chow masih diburu

Hina Nabi : Tiga pemilik facebook ditahan, Alvin Chow masih diburu

Ketua Polis Negara berkata, pemilik akaun Facebook Bakakuk, Ayea Yea dan Yazid Kong telah ditahan berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW. - Foto Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Sebanyak 929 laporan telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseluruh negara berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, susulan laporan tersebut, sebanyak empat individu telah dikenalpasti sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

Ujarnya, tiga daripada mereka iaitu pemilik akaun Facebook Bakakuk, Ayea Yea dan Yazid Kong telah ditahan kelmarin dan semalam.

“Selain itu, pihak kita juga sedang memburu seorang lagi individu yang menggunakan akaun Twitter Alvin Chow yang dipercayai masih berada di ibu negara untuk diambil tindakan.

“Kesemua mereka akan disiasat di bawah kanun keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *