Pendidikan percuma untuk asnaf, OKU seawal 2020

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi untuk golongan memerlukan seawalnya tahun depan. Menurut jawapan parlimen bertarikh 3 Julai, Kementerian Pendidikan akan memulakan pendidikan percuma di pusat pengajian tinggi awam untuk sebilangan orang kurang upaya (OKU) dan golongan asnaf yang akan dikenal pasti. “Terkini, Kementerian Pendidikan sedang melihat keupayaan […]

Penubuhan Jabatan Pendidikan Islam Melaka dimuktamad tahun ini

MELAKA – Kerajaan negeri berharap penubuhan Jabatan Pendidikan Islam yang masih dalam proses perbincangan dapat dimuktamad dan direalisasikan tahun ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kelewatan pembangunan jabatan yang sebelum ini dijadualkan dapat ditubuhkan Mac lalu terpaksa ditunda atas beberapa faktor termasuk melibatkan isu perlembagaan. Menurutnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagaimanapun sedang membuat perbincangan […]

MAIWP salur RM52 juta bantu 10,847 mahasiswa

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan bantuan keseluruhan berjumlah RM52 juta kepada 10,847 mahasiswa di negara ini. MAIWP dalam kenyataan berkata, bantuan itu merangkumi Bantuan Am Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi dan Biasiswa Baitulmal atau Insentif Khas Pelajar Cemerlang. “Bantuan itu bertujuan membantu pelajar daripada segi wang saku, yuran pembelajaran, buku […]

Sistem pendidikan negara akan lebih baik, kata jawatankuasa kajian dasar

KUALA LUMPUR – Meskipun berdepan pelbagai cabaran, Pengerusi Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara, Prof Ibrahim Ahmad Bajunid percaya sistem pendidikan negara akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Katanya, sistem pendidikan negara perlu bergerak seiring dengan peredaran semasa bagi membolehkan perubahan dilakukan di peringkat dasar. “Zaman sekarang teknologi, misalnya, sudah berkembang maju, robot pun […]

Larangan merokok satu didikan hormati hak bukan perokok

KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan menyokong sepenuhnya pelaksanaan larangan merokok di kedai makan sama ada berhawa dingin mahupun terbuka yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019. Timbalan Pengerusinya, Mohd Faizan Alias berkata, langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertepatan dengan lima terasnya sebagai satu pendidikan kepada masyarakat. “GPMSWP melihat larangan merokok itu […]

Mufti cadang pendidikan wajib 6 tahun di sekolah pupuk perpaduan

PETALING JAYA – Dengan berkata kurangnya “pengalaman bersama” dalam kalangan anggota komuniti yang berbeza, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa kerajaan mewajibkan rakyat Malaysia mengikuti pendidikan 6 tahun pertama di sekolah kebangsaan. “Ketiadaan persamaan dari sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan,” […]

Harapan jadikan Yadim sahabat kepada semua

Pendedahan dalam dunia kesukarelawan sejak di institut pengajian tinggi dan pembabitan secara langsung melalui pertubuhan bukan kerajaan yang disertai memberi kelebihan kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Yusri Mohamad, 43, menerajui organisasi berkenaan. Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Yadim dilantik sebagai yang Dipertua pada 1 Oktober lalu menggantikan Dato’ Dr Asyraf […]

Hasil kajian indeks syariah diketahui akhir tahun

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Keputusan penyelidikan mengenai urusan pentadbiran negara yang diukur melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) akan diketahui akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata penyelidikan itu merangkumi lapan sektor utama iaitu undang-undang, ekonomi, kesihatan, pendidikan, politik, sosial, budaya dan prasarana persekitaran. […]

Indeks Syariah Malaysia satu kaedah pengukuran saintifik

PUTRAJAYA, 10 Feb. – Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak hari ini melakar satu sejarah apabila dengan rasminya melancarkan model Indeks Syariah Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. Menurutnya, Indeks Syariah Malaysia merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang menepati dua fungsi penting iaitu pertama, menilai keseriusan usaha kerajaan dalam menepati piawaian […]