Home » Langit Terbuka » MAIWP salur RM52 juta bantu 10,847 mahasiswa

MAIWP salur RM52 juta bantu 10,847 mahasiswa

Bantuan kepada pelajar yang disediakan Maiwp merangkumi Bantuan Am Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi dan Biasiswa Baitulmal atau Insentif Khas Pelajar Cemerlang. - Foto Maiwp

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan bantuan keseluruhan berjumlah RM52 juta kepada 10,847 mahasiswa di negara ini.

MAIWP dalam kenyataan berkata, bantuan itu merangkumi Bantuan Am Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi dan Biasiswa Baitulmal atau Insentif Khas Pelajar Cemerlang.

“Bantuan itu bertujuan membantu pelajar daripada segi wang saku, yuran pembelajaran, buku dan keperluan lain yang menjadi keperluan pengajian.

“Selain itu, menerusi bantuan kepada agensi kebajikan iaitu pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan, MAIWP telah menyalurkan RM1.3 juta kepada 177 institusi pendidikan bagi pelaksanaan program dan aktiviti untuk membantu pelajar kurang berkemampuan,” katanya di sini.

Kenyataan itu memetik laporan sebuah portal berita yang bertajuk ‘Pusat Zakat, Baitulmal perlu bantu mahasiswa miskin.

Mengulas lanjut, MAIWP memaklumkan bahawa majlis itu merupakan agensi pengurusan Islam yang bertangggungjawab menguruskan kurtipan serta agihan zakat di Wilayah Persekutuan.

“Zakat yang dikutip menerusi Pusat Pungutan Zakat diagihkan oleh MAIWP menerusi 28 skim bantuan dan program agihan zakat lain secara tidak langsung.

“Agihan menerusi skim bantuan ini dilaksanakan oleh Baitulmal MAIWP yang meliputi aspek keperluan asasi, keusahawanan, kebajikan dan dakwah termasuk bantuan bagi tujuan pendidikan,” jelasnya. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *