Perak benar solat Jumaat, Aidilfitri

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan untuk membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid dan surau, bermula esok (15 Mei) selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata, baginda turut memberi perkenan untuk solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid […]

Perak saran masjid, surau jemput penceramah tempatan

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini agar menjemput penceramah daripada kalangan anak tempatan sekitar daerah atau negeri bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. JAIPk menerusi satu kenyataan turut menyarankan pihak masjid dan surau supaya menyediakan cecair pembasmi kuman untuk program kuliah serta majlis keagamaan seperti kelas pengajian […]

Qari Kelantan, qariah Perak johan tilawah al-Quran kebangsaan

KOTA KINABALU – Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M yang diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini. Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil […]

Sultan Nazrin ingatkan kariah masjid

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini (24 Oktober) mengingatkan ahli jawatankuasa kariah masjid atau penceramah yang diberikan tauliah supaya melepaskan jawatan sekiranya mereka mempunyai agenda dan cita-cita politik sehingga menyalahgunakan masjid. Baginda berkata individu-individu berkenaan hendaklah secara jujur, ikhlas, mulia lagi terhormat mengundur diri daripada bersifat gunting dalam lipatan dan melakukan aktiviti-aktiviti […]

YADIM seru NGO sertai MAIM, tumpu usaha angkat Islam

IPOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menyeru agar badan bukan kerajaan (NGO) Islam memanfaatkan platform Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang disediakan oleh badan ini sebagai wadah penyelarasan gerak kerja mereka di seluruh negara. Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh turut menyarankan agar NGO-NGO tersebut memfokuskan kepada agenda […]

Peduli Remaja Orang Asli Perak bersama YADIM

SUNGAI SIPUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak terus komited menyantuni saudara saudara Orang Asli di negeri ini. Terbaharu, satu program motivasi pelajar orang Asli telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah di sini pada 24 Ogos. Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Perak ini mempunyai […]

Poster perlawanan Piala Malaysia guna tulisan Jawi dipuji

IPOH – Poster perlawanan Piala Malaysia di antara Perak dan Pulau Pinang menggunakan tulisan Jawi dalam laman Facebook sebuah kelab penyokong Perak, Perak the Yob mendapat pujian netizen. Poster berkenaan mula dimuat naik dalam laman Facebook Perak the Yob hari ini (16 Ogos). Poster berkenaan menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya mengenai perlawanan Piala Malaysia di antara […]

Adakan Konvesyen Malaysia Rahmah di peringkat daerah

SELAMA – Konvensyen Malaysia Rahmah yang berperanan memberi kefahaman mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin dicadangkan untuk diadakan di lebih banyak daerah di Perak. Itu antara cadangan yang diterima Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selaku penganjur sewaktu sesi soal jawab program Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat Larut, yang diadakan di Dewan Permai Majlis Daerah Selama, di sini […]

Jemaah haji jadi duta negara

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah jemaah Malaysia harus memiliki azam untuk menjadi duta yang mengharumkan nama negara di dalam segala aspek ketika menunaikan ibadah haji. Baginda bertitah, ia merangkumi aspek ibadah, mematuhi undang-undang dan peraturan, amanah, berdisiplin, menepati waktu, sabar dan bertoleransi, sedia membantu dan mengutamakan kebersihan. Titah baginda, Makkah dan […]

Elak masjid, surau jadi pusat sebar kebencian

KUALA LUMPUR – Masjid dan surau perlu menjadi institusi ummah yang bebas daripada segala bentuk kepentingan termasuk berkait unsur politik kepartian, sebaliknya perlu menjadi pusat menyampaikan perkara kebaikan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata kesucian masjid dan surau perlu dipelihara supaya tiada pihak cuba mengambil kesempatan menyebarkan kebencian atau […]