Fungsi JAKIM bukan setakat jaga agama

JITRA: Kerajaan menafikan bersikap Islamis atau cuba menerapkan konsep Islam secara lebih kukuh dalam pentadbiran apabila memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke kementerian lain di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tuduhan yang dilemparkan segelintir orang bukan Islam itu menunjukkan mereka tidak faham kepentingan mendidik umat Islam mengenai konsep Islam […]

Kerajaan mahu peranan JAKIM diperluaskan

ANWAR berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan. FOTO Bernama

Butterworth: Kerajaan Persekutuan mahu memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mengangkat martabat dan darjat negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, pihaknya telah bertemu dengan kepimpinan Jakim baru-baru ini dan mahu mereka untuk membantu melakar rangka dasar pembangunan negara berteraskan Malaysia MADANI. “Sebelum ini, kerja Jakim adalah berdakwah, memberi […]

Ulama perlu main peranan penting atasi masalah murtad

KUALA LUMPUR: Ramai ulama masih belum menunaikan tanggungjawab yang mencukupi dalam usaha menangani masalah murtad di negara ini. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata ulama perlu menjelaskan keperluan agama, khususnya kepada generasi muda bagi memastikan mereka memiliki pendidikan agama yang kukuh. Beliau berkata, golongan muda perlu dilengkapi dengan pendidikan […]

Perluas peranan TV Alhijrah

SHAH ALAM – Kerajaan merancang untuk memperluaskan peranan TV Alhijrah sebagai medium dakwah dan kefahaman Islam dalam masyarakat di negara ini pada masa hadapan.   Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau juga sempat mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bersama Pengerusi TV Alhijrah, Datuk Hussamuddin […]

Himpunan NGO Islam di Putrajaya anjuran YADIM

PUTRAJAYA – Hampir 350 pemimpin pemimpin pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO Islam) menghadiri program perjumpaan khas bersama kepimpinan negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 19 September. Program Perjumpaan Khas Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri, Bersama Pemimpin-Pemimpin Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) […]

COVID-19: PM mahu imam, ketua kampung main peranan

KUALA LUMPUR – Ketua kampung, imam dan pemimpin komuniti perlu memainkan peranan menjaga komuniti masing-masing dalam membendung penularan COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peranan yang boleh dimainkan ialah membuat lawatan atau rondaan ke tempat yang sering dikunjungi penduduk kampung masing-masing. “Sama ada kedai kopi, restoran, pasar pagi atau kedai menjual barangan keperluan […]

Suburkan peranan masjid 

KUALA LUMPUR – Usaha bagi menyuburkan peranan masjid terutama di kawasan kejiranan kediaman, dengan aspek penjagaannya dikaitkan dengan penduduk di sekitar kejiranannya, kata Putera Arab Saudi Sultan bin Salman bin Abdulaziz Al Saud. Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Abdullatif Al Forzan bagi Seni bina Masjid (AFAMA) berkata satu sistem seharusnya diwujudkan bagi […]

11 deklarasi bebaskan Palestin, Masjid Al Aqsa

PUTRAJAYA – Persidangan NGO Asean Plus Mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al Aqsa hari ini (24 Mac) menggariskan 11 deklarasi bagi membebaskan simbol penyatuan umat Islam itu. Dinamakan sebagai ‘Deklarasi dan Pelan Tindakan Putrajaya: Bersatu Untuk Membebaskan Baltulmaqdis dan Masjid Al Aqsa’ ia antara lain menegaskan bahawa Baitulmaqdis adalah ibu kota Palestin dan sebarang langkah untuk […]