Home » Langit Terbuka » Kerajaan mahu peranan JAKIM diperluaskan

Kerajaan mahu peranan JAKIM diperluaskan

ANWAR berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan. FOTO Bernama
ANWAR berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan. FOTO Bernama

Butterworth: Kerajaan Persekutuan mahu memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mengangkat martabat dan darjat negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pihaknya telah bertemu dengan kepimpinan Jakim baru-baru ini dan mahu mereka untuk membantu melakar rangka dasar pembangunan negara berteraskan Malaysia MADANI.

“Sebelum ini, kerja Jakim adalah berdakwah, memberi latihan dan menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran bersama-bersama kerajaan negeri tapi Jakim kurang berperanan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan Madani.

“Saya telah mengarahkan supaya peranan mufti, ulama ataupun tokoh di Jakim supaya selari dengan perkembangan ini supaya input mereka itu dapat memberi manfaat dan mengangkat martabat dan darjat negara,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H/2023 di sini malam ini.

Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini, yang dijadualkan berlangsung selama enam hari mulai hari ini sehingga 16 Jun di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth.

Selain itu, Anwar turut mengajak umat Islam untuk memanfaatkan mukjizat al-Quran dengan membicarakan soal kemampanan, dan sistem nilai yang dianjurkannya tanpa mempertahankan sesuatu yang bertentangan.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *