SAR Kuala Langat santuni keluarga alami kesukaran akibat Covid-19

BANTING – Bayangkan kesukaran yang dialami seorang ketua keluarga apabila hanya memiliki wang RM50, sedangkan terpaksa berdepan pelbagai kesukaran untuk menyara keluarganya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ketika ini. Kesukaran yang dialami Mohamad Hilmi Abdul Rani dari Bandar Mahkota di sini, segera mendapat perhatian pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia […]

Zakat Selangor agih RM15 juta bantu pihak terjejas Covid-19

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan khas sebanyak RM15 juta sebagai bantuan segera bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Ketua pegawai eksekutif LZS Saipolyazan M Yusof berkata, agihan itu bertujuan membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan pekerja berpendapatan rendah yang terjejas […]

Guru Takmir, KAFA JAKIM diberi elaun penuh

KUALA LUMPUR – Seramai 4,000 guru Takmir Masjid lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negara akan menerima elaun penuh sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata elaun penuh itu akan diberikan walaupun guru berkenaan tidak dapat melaksanakan tugas masing-masing ekoran perintah terbabit. “Menteri di Jabatan Perdana […]

COVID-19: Jangan panik, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR – “Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang.” Demikian nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 di dalam negara pada 16 Mac. Beliau berkata pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara itu adalah bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masa terdekat. […]