Home » Langit Terbuka » Zakat Selangor agih RM15 juta bantu pihak terjejas Covid-19

Zakat Selangor agih RM15 juta bantu pihak terjejas Covid-19

Golongan yang terjejas di Selangor boleh memohon bantuan LZS bermula 25 Mac dengan menghubungi talian Zakat Selangor, iaitu 1 300 88 4343 (Isnin-Jumaat 10.00 pagi hingga 3.00 petang). - Foto LZS

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan khas sebanyak RM15 juta sebagai bantuan segera bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua pegawai eksekutif LZS Saipolyazan M Yusof berkata, agihan itu bertujuan membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan pekerja berpendapatan rendah yang terjejas sumber pendapatan akibat pelaksanaan perintah tersebut.

“Golongan yang terjejas boleh memohon bantuan ini bermula 25 Mac dengan menghubungi talian Zakat Selangor, iaitu 1 300 88 4343 (Isnin-Jumaat 10.00 pagi hingga 3.00 petang),” menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata LZS akan mempercepat penyaluran bantuan kewangan bulanan pada 23 Mac berbanding tarikh biasa iaitu 25 Mac kepada asnaf sedia ada yang menerima agihan bulanan.

Katanya, peruntukan agihan khas itu akan turut disalurkan bagi menampung keperluan peralatan perubatan di hospital yang beroperasi menangani Covid-19.

Saipolyazan berkata, LZS juga akan menyalurkan bantuan makanan kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi yang terputus bekalan melalui peruntukan agihan khas.

“LZS akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh Covid-19,” katanya. – FMT

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *