Home » Citra Yadim » SAR Kuala Langat santuni keluarga alami kesukaran akibat Covid-19

SAR Kuala Langat santuni keluarga alami kesukaran akibat Covid-19

BANTING – Bayangkan kesukaran yang dialami seorang ketua keluarga apabila hanya memiliki wang RM50, sedangkan terpaksa berdepan pelbagai kesukaran untuk menyara keluarganya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan ketika ini.

Kesukaran yang dialami Mohamad Hilmi Abdul Rani dari Bandar Mahkota di sini, segera mendapat perhatian pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang menghulurkan bantuan kepada keluarga ini.

Bantuan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai itu disampaikan kepada Mohamd Hilmi oleh wakil SAR Kuala Langat, Siti Nur Shuhadah Shahruddin dan Hasniza Yusuf yang hadir ke kediamannya pada 4 April.

Penderitaan bapa kepada dua anak ini disiarkan di sebuah akhbar pada 2 April lalu, sebelum SAR Kuala Langat yang diketuai oleh Hasmawi Mahidin memutuskan untuk membantu mereka.

Mohamad Hilmi yang merupakan pekerja kontrak memberitahu pendapatannya sebanyak RM1,700 sebulan terpaksa dipotong majikannya sejak PKP dikuatkuasakan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *