Home » Langit Terbuka » Guru Takmir, KAFA JAKIM diberi elaun penuh

Guru Takmir, KAFA JAKIM diberi elaun penuh

Pembayaran penuh ini adalah sebahagian inisiatif #Musaadahcovid19 diperkenalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi meringankan beban pihak yang terjejas dengan wabak COVID, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM-19. - Foto JAKIM

KUALA LUMPUR – Seramai 4,000 guru Takmir Masjid lantikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negara akan menerima elaun penuh sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, berkata elaun penuh itu akan diberikan walaupun guru berkenaan tidak dapat melaksanakan tugas masing-masing ekoran perintah terbabit.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersetuju supaya pembayaran elaun penuh iaitu sebanyak RM800 diteruskan kepada Guru Takmir walaupun sesi pembelajaran tidak dapat diadakan sepanjang tempoh berkenaan.

“Ini adalah sebahagian inisiatif #Musaadahcovid19 diperkenalkan Zulkifli bagi meringankan beban pihak yang terjejas dengan wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, pada 20 Mac.

Dalam pada itu, JAKIM juga menyedari kesulitan yang dihadapi oleh seramai 35,000 orang guru KAFA JAKIM di seluruh negara yang tidak dapat melaksanakan tugas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Oleh itu, Zulkifli juga telah bersetuju supaya pembayaran elaun penuh iaitu RM1000 kepada semua guru KAFA diteruskan bagi bulan Mac 2020 walaupun sesi pembelajaran tidak diadakan dalam tempoh tersebut.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19 di seluruh negara.

Perintah kawalan selama 14 hari dan berkuat kuasa sejak 18 Mac itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *