MCMC siasat pihak hina Agong di media sosial

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan terhadap pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial. Menurut kenyataan MCMC hari ini (12 April) , pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah memuat naik imej yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook semalam. Suruhanjaya itu berkata siasatan dijalankan susulan laporan […]

Anggota polis tolak sogokan RM100,000 terima penghargaan

KUALA LUMPUR – Empat anggota polis daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang menolak cubaan sogokan wang berjumlah RM100,000 diberikan penghargaan sempena Hari Peringatan Polis Ke-212, hari ini. Koperal Kamal Bahrin Abu, Koperal Rezazazwan Abdul Wahab, Koperal Muhamad Fitri Al’ Hakim Safee dan Koperal Ahmad Asri Abd Rashid masing-masing menerima surat penghargaan […]

Polis sentiasa pantau puak pelampau, ekstrimis

KAJANG – Polis akan memperketatkan kawalan di lokasi lokasi panas dan merah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Menteri Dalam Negeri itu berkata, bagaimanapun situasi semasa di negara ini masih terkawal dan pihak polis sentiasa memantau puak puak pelampau dan ekstrimis serta pengganas dalam masyarakat. Namun katanya, setakat ini belum wujud keperluan untuk menempatkan […]

Jangan jadi penyambung lidah penghina Islam, lapor polis

KUALA LUMPUR – Masyarakat khususnya umat Islam diminta bukan sekadar menjadi penyambung lidah penghinaan kepada Islam dengan hanya bertindak berkongsi hantaran dan tangkap layar bahan-bahan yang menghina Islam di media sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Rawa Yusof sebaliknya meminta masyarakat untuk membuat laporan polis terhadap sebarang bentuk penghinaan kepada agama […]

Tangkap segera pihak cetus provokasi 

KUALA LUMPUR – Pihak polis perlu menangkap segera individu atau pihak yang sengaja mencetuskan provokasi dengan menghantar sekali lagi berhala di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, tangkapan itu bagi membuktikan pihak berkuasa dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serius menjaga kesucian rumah ibadat […]

Fuziah setuju istilah pengganas perlu tafsiran lebih jelas

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mengakui ada keperluan istilah pengganas didefinisikan secara lebih jelas bagi mengelakkan ia terus disalah tafsir khususnya oleh masyarakat Barat yang sering mengaitkannya dengan agama Islam. Katanya beliau percaya tafsiran yang jelas dapat membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap agama dan masyarakat Islam khususnya. “Pengganas […]

1Masjid 1Polis di seluruh negara mulai Mac, kata Pengarah JPKK

KUALA LUMPUR – Program 1Masjid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat. Pada masa ini sejumlah 6,047 masjid yang telah didaftar di bawah Majlis Agama Islam Terengganu dan Pahang telah melaksanakan program itu sejak 2012. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan […]

Isu tanda salib, ini pesan Mufti Pulau Pinang…

GEORGETOWN – Isu paparan lambang salib di bangunan Grace Residencs, Jelutong perlu ditangani dengan bijaksana dan mengikut saluran undang-undang sedia ada. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perkara itu perlu diselidik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Menurutnya, pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada perkara itu dibuat dengan sengaja […]

Jangan menangguk di air keruh – PM

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman pada Isnin lalu, wajar menjadi peringatan kepada rakyat akan tanggungjawab menjaga keselamatan, kestabilan serta ketenteraman negara. Sehubungan itu, Perdana Menteri, meminta ahli politik atau pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) tidak mengambil sebarang tindakan atau mengeluar kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan […]

Waytha Moorthy akan dipanggil dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung video tular mengenai wawancaranya di Belanda kira-kira 10 tahun lalu baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan dalam masa terdekat. Beliau berkata […]