Mujahid ingatkan ibu bapa hantar anak ke tahfiz berdaftar

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat tahfiz yang berdaftar, susulan kematian seorang murid tahfiz tujuh tahun semalam. Beliau merujuk kejadian yang berlaku di sebuah pusat tahfiz tidak berdaftar di Temerloh, Pahang, yang beroperasi di sebuah rumah dan hanya mula mengambil pelajar […]

Zakir tidak dibenar ceramah di semua medium termasuk media sosial

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas Dr Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium, termasuk di media sosial, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai. “Satu arahan telah dikeluarkan polis yang melarang Zakir memberikan ceramah selanjutnya selepas episod […]

Ganggu gugat keharmonian kaum, tindakan akan diambil

KUBANG KERIAN – Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini, bersabit isu pendakwah terkenal Dr Zakir Naik. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut. “Berhentilah menyebar perkara yang boleh […]

Polis siasat Dong Zong

SHAH ALAM – Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan yang diterima berkaitan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sehingga kini, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung persatuan terbabit. Menurutnya, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan akan […]

Polis nafi Masjid Al-Mutaqqin diserang

KULIM – Polis menafikan berlaku serangan di Masjid Al-Mutaqqin Taman Selasih, Kulim, seperti yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, laporan polis yang dilakukan oleh jemaah masjid adalah berkaitan bunyi bising oleh kumpulan tertentu sehingga mengganggu jemaah sedang solat. “Semalam, kita ada menerima laporan dibuat oleh jemaah masjid, […]

Memo larangan solat: Polis ambil keterangan pengurusan kilang

KLANG – Polis Klang Utara telah memanggil pengurusan syarikat kilang plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini ekoran tersebarnya memo larangan menunaikan solat ke atas pekerjanya atau berdepan denda RM500. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah memanggil pengadu dan mengambil keterangan berhubung penafian syarikat plastik itu kononnya mereka tidak […]

Polis siasat perbuatan khianat rosakkan batu nisan

MELAKA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perbuatan khianat merosakkan beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin, Bachang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris meminta semua pihak bertenang dan tidak menularkan gambar serta video kejadian itu bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut. “Kita dalam proses […]

Gambar fitnah : Mujahid buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof membuat laporan polis berhubung satu hantaran di Facebook yang didakwa memfitnahnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pemilik akaun laman sosial itu yang menggunakan nama Shamsul Faisal Abdul Wahab telah memuat naik gambar yang disunting dengan meletakkan wajahnya. Menurut Mujahid, beliau yakin pemilik akaun Facebook itu berbuat […]

Polis nafi ubah logo pasukan, gugur kalimah Allah, Muhammad

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan pihaknya telah mengubah logo pasukan itu, dengan mengugurkan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW. Ketua komunikasi korporat polis Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya menetapkan dua garis panduan dalam penggunaan logo pasukan yang berkuatkuasa pada 2014 di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid Abu […]

Program tempatkan polis di masjid disambut baik

KUALA LUMPUR- Cadangan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan pegawai polis di 72 masjid melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif daripada pentadbir Masjid Wilayah Persekutan. Imam Besarnya, Ehsan Mohd Hosni berkata program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar jemaah merasa tenteram dan […]