Home » Langit Terbuka » Fuziah setuju istilah pengganas perlu tafsiran lebih jelas

Fuziah setuju istilah pengganas perlu tafsiran lebih jelas

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tafsiran yang jelas mengenai pengganas dapat membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap agama dan masyarakat Islam khususnya. - Foto Ikim.fm

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mengakui ada keperluan istilah pengganas didefinisikan secara lebih jelas bagi mengelakkan ia terus disalah tafsir khususnya oleh masyarakat Barat yang sering mengaitkannya dengan agama Islam.

Katanya beliau percaya tafsiran yang jelas dapat membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap agama dan masyarakat Islam khususnya.

“Pengganas ini ialah orang yang mengganas, menceroboh kawasan atau kepentingan orang lain seperti orang yang tidak mengiktiraf hak orang lain seperti di Palestin, dengan pencerobohan Israel,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku panel pada Forum Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) bertajuk ‘Siapa Pengganas dan Potensi Salah Guna Kuasa’ di Petaling Jaya semalam.

Antara lain, Mohd Asri berkata, ketiadaan takrifan jelas tentang istilah pengganas menyebabkan istilah tersebut dikaitkan dengan Islam. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *