Dakwah santai Prodaksi di Pulau Mabul

SEMPORNA – Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) serta agensi agensi agama yang terlibat dengan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) meneruskan program mereka ke Pulau Mabul di sini, pada hari kelima program (22 Ogos). Selepas memulakan perjalanan menaiki bot selama sejam ke pulau berkenaan, pasukan Prodaksi tiba di sana pada jam 9 pagi dan disambut mesra […]

Program ‘Prodaksi’ mampu menyantuni ummah dan merai kepelbagaian agama serta bangsa

SEMPORNA – Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) wajar dilaksanakan di Sabah kerana ia bukan sahaja berupaya memberikan pendedahan kepada konsep yang baik malah dapat menyantuni ummah sertai merai kepelbagaian agama dan bangsa di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal berkata, program yang bersifat turun padang itu amat signifikan dalam memahami […]

Sumbangan kit masjid sempena Prodaksi

SEMPORNA – Sebanyak 80 buah masjid di sini menerima sumbangan kit kelengkapan sempena penganjuran Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)  yang kini sedang berlangsung hingga 23 Ogos ini. Kit tersebut mengandungi  sejadah,buku buku agama,majalah Dakwah dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Al Quran yang disumbangkan oleh pelbagai agensi agama […]

YADIM sertai ‘operasi’ ATM di Sabah

LABUAN – Angkatan Tentera Malaysia ketika ini sedang melaksanakan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) di beberapa lokasi terpilih di Sabah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan antara agensi agama yang turut sama menyertainya. Prodaksi merupakan operasi tahunan pihak Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan. […]

Maqasid syariah dalam tadbir urus kerajaan

LABUAN – Maqasid Syariah akan diguna pakai dalam semua urus tadbir Kerajaan Persekutuan dalam usaha memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi rahmat dan keadilan kepada seluruh rakyat di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, dasar pentadbiran baru yang mempunyai lima prinsip ini sedang diperjelaskan di seluruh negara […]