Russia iktiraf doktor Palestin Pakar Jantung terbaik 2019

MOSCOW – Biarpun pernah hidup sebagai pelarian, seorang rakyat Palestin kini menerima penghormatan sebagai Pakar Jantung terbaik bagi tahun 2019. Dr Imad Meri, dianugerahkan sebagai doktor Kardiologi dan Resusitasi terbaik daripada Kementerian Kesihatan Russia, lapor Pusat Maklumat Palestin (PIC). Pengiktirafan yang diberikan kepada Dr Imad adalah hasil daripada beberapa kejayaan yang diperoleh sepanjang kariernya itu. […]

Kementerian Luar Malaysia, India tak bincang isu ekstradisi Zakir Naik

PETALING JAYA – Tiada sebarang perbincangan di peringkat Kementerian Luar India dan Malaysia untuk mengekstradisi pendakwah Dr Zakir Naik ke negara itu, kata Dato’ Saifuddin Abdullah. Menteri luar itu berkata, buat masa ini, New Delhi hanya menghantar nota diplomatik untuk memohon Naik diekstradisi ke India dan isu itu tidak menjejaskan hubungan dua hala. Mengenai perbincangan […]

MH17: Malaysia komited tegakkan keadilan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia akan terus berusaha mencari dalang yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 bagi menegakkan keadilan kepada semua mangsa. Kementerian Pengangkutan menerusi satu kenyataan berkata, walaupun lima tahun tragedi itu berlalu, usaha Malaysia untuk mencari keadilan tidak pernah berkurang. “Malaysia akan terus bekerjasama dengan ahli Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) dan negara […]

Jumlah penduduk Islam Rusia dijangka meningkat sehingga 30 peratus

MOSCOW – Bilangan penduduk Islam di Rusia dijangka meningkat sehingga 30 peratus daripada jumlah rakyat negara ini dalam tempoh 15 tahun. The Moscow Times melaporkan, wilayah-wilayah yang mempunyai majoriti penduduknya beragama Islam seperti Caucasus Utara dan Tatarstan diketahui mempunyai kadar kelahiran yang tertinggi di negara ini. Pelbagai anggaran yang menunjukkan penduduk Islam di Rusia kini […]

Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri untuk OKU diperkenalkan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia bercadang memperkenalkan Anugerah Tangan Emas Perdana bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkemahiran bermula tahun depan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebelum ini Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri hanya diberikan kepada individu yang memenangi pertandingan kemahiran di luar negara tetapi bukan dalam kalangan OKU. Katanya, anugerah berkenaan […]

‘Masjid Rusia’ tarik perhatian di Jerteh

BESUT – Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, di sini yang mendapat jolokan sebagai “Masjid Rusia” kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia, menarik perhatian orang ramai. Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tangah kampung itu, masjid yang dibina kira-kira 6 tahun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang […]