Home » Langit Terbuka » Jumlah penduduk Islam Rusia dijangka meningkat sehingga 30 peratus

Jumlah penduduk Islam Rusia dijangka meningkat sehingga 30 peratus

Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Ravil Gainutdin (gambar) berkata, jangkaan jumlah populasi muslim di negara itu adalah kajian pakar. - Foto RT.com

MOSCOW – Bilangan penduduk Islam di Rusia dijangka meningkat sehingga 30 peratus daripada jumlah rakyat negara ini dalam tempoh 15 tahun.

The Moscow Times melaporkan, wilayah-wilayah yang mempunyai majoriti penduduknya beragama Islam seperti Caucasus Utara dan Tatarstan diketahui mempunyai kadar kelahiran yang tertinggi di negara ini.
Pelbagai anggaran yang menunjukkan penduduk Islam di Rusia kini antara 14 hingga 20 juta orang atau 10 hingga 14 peratus daripada jumlah rakyat negara ini yang pada tahun lalu seramai 146.8 juta orang.
Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Ravil Gainutdin berkata, jangkaan jumlah populasi muslim di negara itu adalah kajian pakar.

“Ia bakal memerlukan banyak pembinaan masjid di bandar bandar utama Rusia. – The Moscow Times

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *