Home » Langit Terbuka » Kementerian Luar Malaysia, India tak bincang isu ekstradisi Zakir Naik

Kementerian Luar Malaysia, India tak bincang isu ekstradisi Zakir Naik

Penceramah dari India, Dr Zakir Naik. - Foto The Star

PETALING JAYA – Tiada sebarang perbincangan di peringkat Kementerian Luar India dan Malaysia untuk mengekstradisi pendakwah Dr Zakir Naik ke negara itu, kata Dato’ Saifuddin Abdullah.

Menteri luar itu berkata, buat masa ini, New Delhi hanya menghantar nota diplomatik untuk memohon Naik diekstradisi ke India dan isu itu tidak menjejaskan hubungan dua hala.

Mengenai perbincangan perdana menteri India dan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai ekstradisi Zakir di luar Sidang Kemuncak Ekonomi Timur di Rusia semalam, Saifuddin berkata, Narendra Modi hanya menyebut perkara itu sekali lalu dan memaklumkan ia sedang dibincangkan pegawai kedua-dua negara.

“Itulah cara beliau (Modi) sebut perkata itu. Kemudian, Mahathir pun tidak respons kerana banyak masa digunakan untuk bincang mengenai kes Kashmir,” katanya dipetik Bernama pada sidang media di Vladivostok, Rusia.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *