Kongsi Rezeki di Sijangkang

SIJANGKANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat kekal konsisten menyantuni komuniti di kampung ini. Seperti biasa setiap Jumaat, agihan makanan bermasak diadakan untuk membantu mereka yang memerlukan. Pada 29 Oktober, 20 keluarga anak yatim, warga emas dan miskin di kampung ini menerima sumbangan tersebut. Agihan dilaksanakan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi […]

Sambutan Maulidur Rasul SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Bertempat di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 24 Oktober. Program di mulakan dengan solat Dhuha,bacaan berzanji dan selawat. Kumpulan nasyid tempatan, Al Taranum juga mengadakan persembahan. Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada anak anak yatim,ibu tunggal dan beberapa orang asnaf. […]

Pesakit buah pinggang disantuni SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 19 Oktober, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, telah menyantuni para pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Dialisis Sijangkang di sini. Seramai 17 pesakit yang sedang menjalani rawatan disantuni SAY Kuala Langat. Turun padang ke program ini ialah Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan Setiausaha Kerjanya, Hanizah […]

Buku Iqra’ untuk mualaf Orang Asli oleh SAY Kuala Langat

PULAU CAREY – “Bolehlah nanti kami mempelajari Al Quran dengan cepat dan mudah,” kata mualaf Orang Asli di pulau ini sebaik menerima buku mendalami kitab suci itu daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Mereka jelas gembira dan berasa sentiasa diingati dengan pemberian tersebut. Sebanyak 20 set Iqra’ 1 hingga 6 disampaikan kepada […]

Kongsi Rezeki di Kampung Medan

KUALA LANGAT – Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat tidak lupa mengadakan program Kongsi Rezeki mereka. Terbaharu pada 15 Oktober, 15 keluarga anak yatim di Kampung Medan di sini menerima sumbangan makanan bermasak daripada SAY Kuala Langat. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya. SAY Kuala […]

Makanan siap bermasak untuk asnaf Kebun Bharu,Sijangkang,
Kampung Medan

KEBUN BHARU – Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi daripada program. Pada 8 Oktober, program Kongsi Rezeki yang menyantuni 25 keluarga diadakan di Kebun Bharu, Sijangkang, Kampung Medan dan Jenjarom. Agihan ini disampaikan kepada anak anak yatim, ibu tunggal, serta warga emas. Sumbangan makanan siap dimasak adalah daripada […]

Gotong Royong Perdana SAY Kuala Langat di RAYAS

SIJANGKANG – Sebagai persiapan menghadapi sesi persekolahan yang bakal kembali dibuka, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan Gotong Royong Perdana di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang (RAYAS). Program pada 3 Oktober ini disertai oleh kira kira 20 ahli SAY dan ahli jawatankuasa RAYAS. Program bermula jam 9 pagi hingga 12.30 […]

Kongsi Rezeki SAY Kuala Langat

Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengadakan program Kongsi  Rezeki menyantuni golongan memerlukan. Pada 1 Oktober, anggota pasukan ini mengadakan sumbangan program ini di Kampung Medan dan Kampung Kebun Bharu. Seramai 30 keluarga ibu tunggal dan anak yatim menerima sumbangan makanan bermasak oleh pasukan ini. Turun padang menyampaikan sumbangan ialah pengerusinya, […]

Agihan 80 kg ikan dan tembikai oleh SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Konsisten dengan inisiatif menyantuni golongan yang memerlukan, telah menarik perhatian ramai pihak untuk bekerjasama dengan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Terbaharu pada 19 September, seorang peniaga ikan, Rosli Buang bekerjasama dengan SAY Kuala Langat apabila menyumbangkan 80 kilogram ikan dan buah tembikai kepada golongan yang memerlukan. Program ini diadakan di […]

Kongsi Rezeki SAY Kuala Langat SIJANGKANG – Program Kongsi Rezeki Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat diteruskan lagi pada 17 September. Kali ini 28 keluarga sekitar kampung ini, Kebun Bharu,Kampung Medan dan Jalan Sukepi menerima agihan makanan bermasak sumbangan orang ramai yang mahu berinfaq dan minuman tin daripada SAY Kuala Langat sendiri. Kesemua […]