30 keluarga terima sumbangan makanan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi dengan aktiviti kemasyarakatannya. Terbaru pada 3 Disember, agihan pek makanan siap dimasak diadakan di sekitar mukim ini. Antara lokasi agihan ialah Taman Pahlawan, Taman Desawira serta Jalan Sukepi. Program diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin bersama ahli jawatankuasanya, […]

Kursus Sukarelawan YADIM Kuala Langat

SIJANGKANG – Buat pertama kalinya, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, telah menganjurkan satu kursus kesukarelawanan pada 28 November di sini. Program yang diadakan di ruang legar Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, telah disertai oleh ahli SAY Kuala Langat sendiri selain daripada SAY  Kuala Selangor,Sabak Bernam,Kundang,Sungai Buloh dan Rawang. Hadir sama ialah para […]

Gotong royong di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang

SIJANGKANG – Pelbagai pengisian program terus dilaksanakan oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Pada 26 November, mereka telah mengadakan gotong royong di Asrama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang di sini. Ia sempena Kursus Kepimpinan Sukarelawan yang bakal diadakan di premis tersebut pada 28 November. Kursus dengan kerjasama YADIM itu juga bakal disertai […]

SAY Kuala Langat, YaPEIM santuni warga SRA Taman Sri Andalas

KLANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 24 November telah menyantuni warga Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Sri Andalas Klang. Program dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ini menyumbang sebanyak *** daging segar dan barangan keperluan kepada warga sekolah berkenaan. Hadir ke program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, […]

Kem Ibadah SAY Kuala Langat bersama anak-anak yatim

SIJANGKANG – Sempena Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat bersama Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang telah mengadakan program Motivasi dan Kem Ibadah. Program dua hari satu malam ini berlangsung pada 20 hingga 21 November. Antara pengisian program ini termasuklah tazkirah serta sesi pengajian fardhu ain dan fardhu kifayah […]

Kongsi Rezeki SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sesi persekolahan kembali dibuka. Bagi yang kurang berkemampuan, ia sudah pasti memerlukan belanja tambahan. Prihatin dengan keadaan ini, SAY Kuala Langat pada 19 November menyampaikan sumbangan makanan bermasak kepada 30 keluarga anak yatim di sekitar kawasan ini serta di Kebun Bharu dan Kampung Medan. Tidak banyak, namun setidaknya ia dapat menzahirkan senyuman di […]

SAY Kuala Langat ziarah kasih warga emas

BUKIT CHANGGANG – Meskipun kini banyak menumpukan perhatian kepada  sumbangan pendidikan, namun program kebajikan tidak dilupakan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Pada 7 November mereka menziarahi keluarga seorang warga emas, pesakit buah pinggang di Tanah Rancangan Belia di sini. Turut diziarahi ialah keluarga seorang lagi warga emas di Dengkil yang bakal menjalani […]

8 tadika terima naskhah Iqra’ dari SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA  GARANG – Sebanyak lapan buah tadika di sini menerima sumbangan naskhah kitab Iqra’ daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 2 November. Para penerima terdiri daripada tigatiga buah Tadika KEMAS,tiga buah Tadika PASTI dan 2 buah tadika swasta. Tadika berkenaan masing-masing terletak di Kampung Sijangkang, Kampung Kebun Bharu,Taman Pahlawan dan […]

Naskhah Iqra’ untuk anak yatim oleh SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG –  Sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi pasti memerlukan para pelajar dilengkapkan dengan pelbagai keperluan. Prihatin dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 31 November, mengagihkan sebanyak 15 set naskah IQRA’ 1-6 kepada anak-anak yatim di mukim ini. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, […]