SAY Kuala Langat ziarah sempena Hari Malaysia

SIJANGKANG – Sempena Hari Malaysia pada 16 September, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat yang diketuai oleh pengerusinya, Hasmawi Mahidin telah mengadakan program riadah, ziarah dan lawatan bersama barisan ahli jawatankuasanya.   Pada hari berkenaan, SAY Kuala Langat menyerahkan sumbangan sejadah dan Al Quran kepada Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang.   Sumbangan diserahkan kepada […]

Sumbangan telur, sayuran untuk anak yatim dan ibu tunggal oleh SAY Kuala Langat

JENJAROM – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi dengan aktiviti mereka. Pada 5 September, seramai 17 keluarga anak yatim dan ibu tunggal di Jalan Sukepi di sini dan Kampung Medan, Telok Panglima Garang menerima agihan telur dan sayuran daripada SAY Kuala Langat. Ia disumbangkan SAY Kuala Langat sendiri bagi menyantuni […]

Orang Asli Pulau Carey terima sumbangan SAY Kuala Langat

KUALA LANGAT – Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 64,  Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat diketuai pengerusinya Hasmawi Mahidin, telah mengadakan program kemerdekaan dan penyampaian sumbangan di Pulau Carey di sini. Program dijalankan di Kampung Sungai Judah bersama Tok Batin Daiman Peron selaku ketua masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut pada 31 Ogos. […]

Aktiviti awal Muharam SAY Kuala Langat

KUALA LANGAT – Sempena Awal Muharam pada 10 Ogos, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah mengadakan beberapa aktiviti. Di Sijangkang, antara yang dilaksanakan ialah gotong royong membersihkan Rumah Anak Yatim Sijangkang. Acara ini diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin. Selesai bergotong royong, SAY Kuala Langat meneruskan programnya dengan menyampaikan bantuan […]

SAY Kuala Langat terus santuni golongan memerlukan

KAMPUNG MEDAN – Inisiatif menyantuni rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) yang terkini diadakan di sini pada 7 Ogos. Kali ini seramai 30 keluarga menerima sumbangan makanan bermasak oleh pasukan tersebut. Ia ditaja oleh seorang aktivis tempatan, Wan Zanariah Wan Tajuddin. Turut disantuni pada hari yang sama ialah lima keluarga yang menerima barangan […]

Makanan siap dimasak, ikan tilapia segar untuk 29 keluarga asnaf

SIJANGKANG – Hasil konsisten dan komited menyantuni mereka yang memerlukan, telah menarik perhatian seorang penternak ikan tilapia turut sama dalam gerak kerja dakwah Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Bertempat di kawasan ini, SAY Kuala Langat pada 6 Ogos telah menyampaikan sumbangan ikan tilapia segar dan makanan bermasak kepada 29 keluarga asnaf di […]

Keluarga dikuarantin terima sumbangan SAY Kuala Langat.

JENJAROM – Dua keluarga yang sedang dikuarantin akibat Covid-19 di sini pada 3 Ogos menerima sumbangan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Turut menerima sumbangan ialah empat keluarga  asnaf di kawasan ini yang turut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Kesemua mereka menerima barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi […]

SAY Kuala Langat santuni keluarga dikuarantin akibat Covid-19

BANTING – Menjalani kuarantin akibat Covid-19 sememangnya bukan mudah, apatah lagi ia biasanya terjadi secara tiba tiba. Peka dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 1 Ogos telah menyantuni empat keluarga yang menjalani kuarantin akibat Covid-19. Dua keluarga masing masing di Kampung Sawah di sini dan Kampung Medan disantuni menerusi […]

Anak yatim, ibu tunggal terus diberi perhatian SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Golongan kurang bernasib baik, khususnya anak yatim dan ibu tunggal di daerah ini terus mendapat perhatian Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Menerusi inisiatif mereka, seramai 25 keluarga anak yatim dan ibu tunggal menerima sumbangan makanan siap dimasak serta sedikit wang tunai pada 30 Julai di kampung ini dan Kampung […]

18 keluarga terima makanan bermasak SAY Kuala Langat.

JENJAROM – Anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin terus menjadi sasaran Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat untuk dibantu. Program terbaharu menyantuni mereka ialah pada 23 Julai apabila serami 18 keluarga di sekitar kawasan ini, Sijangkang dan Kebun Bharu menerima sumbangan makanan bermasak daripada SAY Kuala Langat. Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi […]