Gotong royong bersihkan rumah anak yatim

KUALA LANGAT  – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus melaksanakan kerja kerja khidmat komuniti di daerah ini bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Terbaharu pada 18 Julai, mereka telah bergotong royong membersihkan Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang di sini. Usaha ini dilaksanakan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan beberapa anggota pasukan […]

24 keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat minggu ini

SIJANGKANG-  Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY)  Kuala Langat terus komited meneruskan usahanya menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasan ini. Sepanjang minggu ini, (12 – 18 Julai) SAY Kuala Langat setakat ini telah menyantuni 24 keluarga di mukim ini. Pada 13 dan 14 Julai, dua keluarga di Kampung Kebun Bharu yang terputus bekalan makanan disantuni […]

Sumbangan untuk keluarga dikuarantin akibat Covid-19

KEBUN BHARU – Lima keluarga di kampung ini yang menjalani kuarantin akibat Covid-19 menerima sumbangan daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin pada 10 Julai. Pada hari yang sama juga, tiga keluarga di Sijangkang berdekatan kawasan ini, yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan […]

22 keluarga di DUN Sijangkang terima sumbangan makanan siap dimasak SAY Kuala Langat

KAMPUNG MEDAN – Program sumbangan makanan siap dimasak oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) kali ini memberi manfaat kepada 22 keluarga di Dewan Undangan Negeri Sijangkang. Inisiatif terbaharu itu diadakan di kampung ini dan Kampung Kebun Bharu di sini. Ia menyasarkan keluarga anak anak yatim, ibu tunggal dan warga emas dia kawasan ini, selain […]

20 keluarga termasuk bukan Muslim terima sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang kini dikuatkuasakan di mukim ini menyebabkan ramai penduduknya yang perlu dibantu. Bertindak atas keperluan tersebut, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 6 Julai menyantuni seramai 20 keluarga di sini dengan pemberian barangan keperluan harian. Mereka yang dibantu termasuklah dua keluarga bukan Muslim yang tinggal di […]

SAY Kuala Langat bantu keluarga dikuarantin akibat Covid

KEBUN BHARU – Sebuah keluarga empat beranak di kampung ini di dalam kesulitan selepas beberapa hari dikuarantin akibat Covid-19. Kurang 24 jam  mengetahui mengenai keadaan keluarga ini pada petang 4 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat segera turun padang pagi keesokan harinya untuk menyantuni mereka. Dalam kunjungan itu, Setiausaha Kerja SAY Kuala […]

Musa’adah PKPD SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG –Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di mukim ini menyebabkan ramai yang terjejas, malah ada yang terputus bekalan barangan keperluan dapur. Cakna dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah bergerak menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 10 buah keluarga yang terjejas pada 4 Jun. Mereka  yang di santuni […]

Makanan siap dimasak, barangan keperluan harian untuk anak yatim, asnaf oleh SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengambil kesempatan menyantuni anak anak yatim di mukim ini. Sebanyak 60 pek makanan siap dimasak diagihkan kepada keluarga anak anak yatim yang memerlukan pada 2 Julai. Pada hari yang sama, sebanyak empat keluarga asnaf di sekitar mukim […]

Sumbangan makanan dan wang tunai untuk anak yatim, keluarga miskin Kuala Langat.

KEBUN BHARU – Jika sebelum ini sumbangan kepada golongan yang memerlukan adalah dalam bentuk barangan kering dan belum bermasak, pada 25 Jun Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala menggunakan pendekatan baharu menyumbangkan makanan bermasak.   Pendekatan pertama kali digunakan ini memberi manfaat kepada kira kora 60 penerima di Kampung Sijangkang dan kampung ini. Mereka […]

Mualaf Orang Asli, B40 DUN Sijangkang teruma sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Dengan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilanjutkan hingga 28 Jun, lebih ramai yang terkesan dan memerlukan bantuan. Di mukim ini,  Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus mengambil tanggungjawab menyantuni mereka yang memerlukan. Program terbaharu mereka ialah pada 24 Jun dengan menyantuni mualaf Orang Asli dan golongan B40 di sini. Program […]