Home » Citra Yadim » Gotong royong bersihkan rumah anak yatim

Gotong royong bersihkan rumah anak yatim

KUALA LANGAT  – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus melaksanakan kerja kerja khidmat komuniti di daerah ini bagi menyantuni mereka yang memerlukan.

Terbaharu pada 18 Julai, mereka telah bergotong royong membersihkan Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang di sini.

Usaha ini dilaksanakan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan beberapa anggota pasukan tersebut.

Selesai kerja gotong royong, SAY Kuala Langat kemudiannya menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada empat keluarga di sini yang terputus bekalan berkenaan.

Diharap sumbangan berkenaan sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada mereka, terutamanya dalam menyambut Aidiladha tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *