Home » Citra Yadim » Makanan siap dimasak, barangan keperluan harian untuk anak yatim, asnaf oleh SAY Kuala Langat

Makanan siap dimasak, barangan keperluan harian untuk anak yatim, asnaf oleh SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengambil kesempatan menyantuni anak anak yatim di mukim ini.

Sebanyak 60 pek makanan siap dimasak diagihkan kepada keluarga anak anak yatim yang memerlukan pada 2 Julai.

Pada hari yang sama, sebanyak empat keluarga asnaf di sekitar mukim ini juga menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai daripada SAY Kuala Langat.

Sumbangan pada hari ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan dibantu oleh ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *