Sumbangan SAY Kuala Langat di Kebun Bharu

KEBUN BHARU – Lima keluarga di kampung ini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) pada 20 Jun. Keluarga yang disantuni terdiri daripada asnaf, pesakit gout dan ibu tunggal yang terkesan dengan penularan Covid-19. Sumbangan kali ini disampaikan oleh Setiausaha Kerja SAY Kuala Langat, Hanizah Sumiri dan beberapa ahli jawatankuasanya. […]

Sumbangan berterusan SAY Kuala Langat

KAMPUNG MEDAN – Siri program menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini diteruskan lagi oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 17 Jun. Kali ini seramai 7 keluarga terdiri daripada golongan B40 dan pekerja kontrak di kampung ini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada SAY Kuala Langat. Hadir menyampaikan sumbangan ialah pengerusinya, […]

17 keluarga asnaf terima sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Kekal proaktif menyantuni masyarakat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, pada 14 Jun telah menyampaikan sumbangan kepada 17 keluarga yang memerlukan di sini. Kesemua mereka merupakan asnaf yang terkesan dengan Covid-19 dan penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Dengan mematuhi SOP yang ditetapkan, SAY Kuala Langat menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan […]

Program menyantuni rakyat SAY Kuala Langat

JENJAROM – Walaupun sumbangan kecil, tetapi ingatan dan keprihatinan pada kami yang kami lebih hargai. Demikian reaksi penerima sumbangan daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 29 Mei di sini. Sebanyak empat keluarga di sekitar kawasan ini menerima sumbangan kecil SAY Kuala Langat pada 29 Mei berupa barangan keperluan harian dan wang […]

Sumbangan Syawal PKP 3.0 SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Pertengahan Syawal kali ini menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diperketatkan, menyebabkan semakin ramai pihak  memerlukan perhatian. Komited membantu rakyat akibat situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 25 Mei turun padang ke kampung ini dan Kampung Kebun Bharu di sini menyantuni seramai tujuh keluarga yang memerlukan. Turut […]

140 keluarga disantuni SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Menghayati erti kata sukarelawan sebenar. Demikian yang boleh disifatkan kepada pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Walaupun tidak ramai, namun pasukan ini kekal aktif dan konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini. Buktinya, setiap hari sepanjang Ramadan, ada saja aktviti menyantuni mereka yang memerlukan. Sepanjang Ramadan ini, seramai 140 […]

Lagi asnaf terima sumbangan SAY Kuala Langat di akhir Ramadan

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) terus menyantuni mereka yang memerlukan pada hari ke 29 umat Islam berpuasa di negara ini. Bertempat di mukim ini pada 11 Mei, seramai tujuh keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian, buah kurma Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan sedikit duit raya daripada SAY Kuala Langat. […]

Agihan  Sumbangan Barang Dapur SAY  Kuala Langat

KAMPUNG MEDAN – Lima keluarga kurang bernasib baik di kampung ini menerima sumbangan barangan dapur daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 10 Mei. Kesemua mereka turut menerima sedikit wang tunai dan kurma daripada SAY Kuala Langat. Sumbangan disampaikan Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin. Para penerima mengucapkan terima kasih kepada SAY […]

Program Ziarah Dan Sumbangan SAY Kuala Langat Di Pulau Carey

PULAU CAREY – Pulau ini menjadi lokasi terbaharu program bersama rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Seramai 20 asnaf dari kalangan mualaf di sini disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai oleh SAY Kuala Langat diketuai pengerusinya, Hasmawi Mahidin. Turut disampaikan ialah kurma YADIM oleh SAY Kuala Langat. […]

Sembilan keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Pada hari sambutan Nuzul Quran, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat kekal konsisten menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini. Pada 29 April, sejumlah sembilan keluarga disantuni mereka di sekitar mukim ini. Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan setiausahanya, Hanizah Sumiri. SAY Kuala […]