Home » Citra Yadim » Sumbangan Syawal PKP 3.0 SAY Kuala Langat

Sumbangan Syawal PKP 3.0 SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Pertengahan Syawal kali ini menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diperketatkan, menyebabkan semakin ramai pihak  memerlukan perhatian.

Komited membantu rakyat akibat situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 25 Mei turun padang ke kampung ini dan Kampung Kebun Bharu di sini menyantuni seramai tujuh keluarga yang memerlukan.

Turut dibantu ialah sebuah keluarga yang menjalani kuarantin akibat Covid-19 di Batu 10 Kebun Bharu.

Kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan dapur dan sedikit wang tunai dari SAY Kuala Langat. Walaupun sedikit, mereka mengucapkan terima kasih atas ingatan dan keprihatinan yang ditunjukkan.

Antara yang hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidi dan Setiausahanya, Hanizah Sumiri.

SAY Kuala Langat pada Ramadan lalu giat menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan di daerah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *