Home » Citra Yadim » Program menyantuni rakyat SAY Kuala Langat

Program menyantuni rakyat SAY Kuala Langat

JENJAROM – Walaupun sumbangan kecil, tetapi ingatan dan keprihatinan pada kami yang kami lebih hargai.

Demikian reaksi penerima sumbangan daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 29 Mei di sini.

Sebanyak empat keluarga di sekitar kawasan ini menerima sumbangan kecil SAY Kuala Langat pada 29 Mei berupa barangan keperluan harian dan wang tunai.

Tiga keluarga yang kini sedang dikuarantin di kampung Kebun Bharu di santuni SAY Kuala Langat sebelum mereka ke Jalan Sukepi di sini untuk menyampaikan sumbangan kepada dua beradik yang terlantar dan menjalani rawatan dialisis.

Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin turun padang menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *