Solidariti Palestin: solat hajat selepas Jumaat di masjid, surau di Selangor

SHAH ALAM: Seluruh masjid dan surau di Selangor akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan polis Israel terhadap jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa semalam. Dalam kenyataan semalam, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia sebagai tanda solidariti kepada semua mangsa dalam serangan […]

JAKIM anjur solat hajat untuk Palestin di tiga masjid utama

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat khusus untuk Palestin di tiga masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Solat hajat itu akan diadakan serentak selepas solat Maghrib esok, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh. Beliau berkata, solat hajat itu sebagai menyahut titah […]

JAWI saran masjid, surau di KL dan Putrajaya buat solat hajat

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya, untuk melaksanakan solat hajat dan doa selamat, susulan penularan COVID-19. Pengarah JAWI Mohd Ajib Ismail berkata, solat hajat itu disaran diadakan selepas solat Maghrib selama tiga hari bermula esok serta selepas Solat Jumaat pada Jumaat ini, bertujuan memohon kepada Allah agar penularan pandemik ini dapat […]

Solat hajat untuk Palestin di Wilayah Persekutuan dari 15 hingga 21 Jun

KUALA LUMPUR – Solat sunat hajat, doa selamat dan bacaan ‘Qunut Nazilah’ akan dilaksanakan di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Zon Hijau seluruh Wilayah Persekutuan selepas solat Maghrib bermula dari 15 hingga 21 Jun serta selepas solat Jumaat pada 19 Jun. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail berkata, sebagai […]

Jakim anjur solat hajat hari ini

PUTRAJAYA – Masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan solat hajat bagi memohon doa agar keadaan politik negara stabil serta keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini kekal. Ketua Pengarah Jakim Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat mulai hari ini akan diadakan di Masjid […]

Agong titah masjid seluruh negara adakan solat hajat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT supaya memelihara rakyat daripada sebarang penyakit yang tidak diingini. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, ia berikutan peningkatan penularan wabak 2019 Novel […]

Coronavirus: Mufti saran umat Islam solat hajat

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad pada 25 Januari menyeru umat Islam di negara ini supaya mengerjakan solat hajat bagi menyelamatkan Malaysia daripada dilanda sebarang wabak penyakit khususnya Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang sedang tular ketika ini. Gesaan Zulkifli itu dibuat sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan kes jangkitan coronavirus yang pertama di negara […]

Masjid disaran buat solat hajat esok

KUALA LUMPUR – Masjid di seluruh negara disaran mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, esok dan berdoa bagi dipermudahkan urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri yang dilanda banjir. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan terdapat seramai 12,131 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu […]

Semua masjid disaran anjurkan solat hajat doakan keselamatan penduduk di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU – Semua masjid di Johor disaran mengadakan solat hajat malam esok (4 Julai) secara serentak bagi mendoakan keselamatan penduduk di Pasir Gudang yang terjejas berikutan insiden gangguan kesihatan yang dialami pelajar dan guru di beberapa sekolah di Pasir Gudang sejak 20 Jun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar […]

Solat hajat di semua masjid : JAKIM

PUTRAJAYA, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat sejurus selepas solat Jumaat esok bagi memohon agar kualiti udara kembali pulih. Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata beliau juga telah meminta masjid utama di bawah kelolaan Jakim iaitu Masjid negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau […]