Home » Langit Terbuka » Jakim anjur solat hajat hari ini

Jakim anjur solat hajat hari ini

Jakim memohon kerjasama semua masjid di bawah jabatan dan majlis agama Islam negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa, mendoakan kesejahteraan negara. - Foto FB

PUTRAJAYA – Masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan solat hajat bagi memohon doa agar keadaan politik negara stabil serta keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini kekal.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat mulai hari ini akan diadakan di Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Jakim juga memohon kerjasama semua masjid di bawah jabatan dan majlis agama Islam negeri-negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa, katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *