Home » Langit Terbuka » Coronavirus: Mufti saran umat Islam solat hajat

Coronavirus: Mufti saran umat Islam solat hajat

Sehingga kini cara sebenar Novel Coronavirus berjangkit masih belum diketahui.-Foto hiasan DW.com

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad pada 25 Januari menyeru umat Islam di negara ini supaya mengerjakan solat hajat bagi menyelamatkan Malaysia daripada dilanda sebarang wabak penyakit khususnya Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang sedang tular ketika ini.

Gesaan Zulkifli itu dibuat sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan kes jangkitan coronavirus yang pertama di negara ini.

Menurut Zulkifli, pejabatnya juga akan mengeluarkan Bayan Linnas khusus berkenaan doa dan fiqh berhubung pengurusan jenazah terhadap mangsa coronavirus dalam masa terdekat.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga wabak coronavirus dapat disisihkan dari Malaysia.

“Tindakan pantas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diterajui oleh Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad wajar menerima pujian,” katanya.

Mengulas lanjut, mufti Wilayah Persekutuan berkata buat masa ini kerajaan perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada rakyat berhubung wabak itu yang tersebar melalui pelbagai medium. – Malaysiakini

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *