Semarak Dakwah 2.0 Kuala Terengganu di Pasar Kedai Payang

KUALA TERENGGANU – Bertempat di perkarangan Pasar Kedai Payang di sini, telah berlangsung program Semarak Dakwah 2.0 Kuala Terengganu pada 14 Mac. Ia dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan kerjasama seramai 60 ahli Sukarelawan YADIM, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dan Urus Setia Belia Sukan Negeri […]

Semua surau, masjid di Selangor dibenarkan solat Jumaat, fardu

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan semua masjid dan surau yang diberi kebenaran menganjurkan solat Jumaat mendirikan solat itu berkuat kuasa 3 Julai ini. Semua masjid dan surau juga dibenarkan dibuka semula untuk solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, […]

Kedah benar solat Jumaat, fardu berjemaah mulai Jumaat ini

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau di Kedah bermula Jumaat ini. Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, bilangan minimum jemaah adalah sekurang-kurangnya 40 orang dan maksimum 60 orang bagi solat Jumaat sementara maksimum 40 jemaah dibenarkan untuk […]

Hanya rakyat Malaysia dibenar solat berjemaah di masjid

PUTRAJAYA – Kerajaan hanya memberi kebenaran kepada rakyat tempatan untuk melakukan solat berjemaah di masjid selepas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diperluas bagi melibatkan jumlah yang lebih besar. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan masih lagi dikenakan kepada warga asing untuk solat berjemaah di masjid pada masa ini memandangkan penularan kes […]

Pulau Pinang benar solat jemaah 3 orang, tangguh solat Aidilfitri

GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau di negeri ini dengan menetapkan beberapa garis panduan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Pengarah JHEAIPP, Zulkifli Long berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Masjid dan Hal Ehwal Kariah Majlis Agama […]

Kedah benarkan solat Jumaat dengan 12 jemaah

ALOR SETAR- Semua masjid di negeri ini boleh menganjurkan solat Jumaat sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 22 Mei ini, selain solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal nanti. Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang bagaimanapun menjelaskan kebenaran itu yang diluluskan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah terhad kepada 12 jemaah di masjid saja. “Bilangan 12 jemaah […]

Umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh solat Jumaat, berjemaah esok

PUTRAJAYA – Semua masjid, Surau Jumaat dan surau terpilih boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Wilayah Persekutuan mulai esok (15 Mei). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, […]

Mesyuarat khas MKN bincang solat berjemaah

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membincangkan isu solat berjemaah di masjid. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk diputuskan kerana membabitkan isu besar berkaitan agama. Katanya dalam mesyuarat hari ini, Menteri di […]