Home » Citra Yadim » Semarak Dakwah 2.0 Kuala Terengganu di Pasar Kedai Payang

Semarak Dakwah 2.0 Kuala Terengganu di Pasar Kedai Payang

KUALA TERENGGANU – Bertempat di perkarangan Pasar Kedai Payang di sini, telah berlangsung program Semarak Dakwah 2.0 Kuala Terengganu pada 14 Mac.

Ia dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dengan kerjasama seramai 60 ahli Sukarelawan YADIM, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dan Urus Setia Belia Sukan Negeri Terengganu (UBSNT).

Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed@Hashim, ia bertujuan menyeru rakyat Terengganu supaya menyemarakkan solat berjemaah di masjid dan surau.

Datuk Haji Amzad turut menyantuni 20 pemandu bas dari Persatuan Pemandu Bas Kuala Terengganu dengan menghulurkan kit Musa’adah YADIM serta sumbangan wang tunai.

Beliau bersama tetamu jemputan turut melaksanakan street dakwah Kempen Penghayatan Ibadat Solat bersama para sukarelawan kepada pengunjung-pengunjung serta peniaga Pasar Kedai Payang.

Seramarak Dakwah 2.0 mensasarkan kira-kira 1,000 anggota masayarakat sekitar Kuala Terengganu.

Selesai di Pasar Payang, rombongan YADIM bergerak ke Seberang Takir, Bukit Tunggal dan Bukit Payong untuk 3 lagi program dakwah seterusnya bersama pemimpin setempat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *