Solat Tarawih, Aktiviti Keagamaan Dibenarkan Sepanjang Ramadan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran solat tarawih secara berjemaah dan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan jumlah jemaah akan diputuskan di peringkat negeri. “Seperti kita ketahui, solat dan aktiviti agama adalah di […]

SOP haji akan dikemaskini

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari masa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelakkan jemaah […]

Johor benar 40 jemaah tunai solat Jumaat, fardu mulai esok

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di masjid dan surau di negeri itu dengan jumlah jemaah 40 orang bermula esok (9 Februari). Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Yang Berhormat Tosrin Jarvanthi berkata, jumlah itu tidak termasuk pegawai, […]

Solat Jumaat, fardu dibenarkan di KL, Putrajaya, Labuan dengan kapasiti jemaah separuh

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat ketetapan untuk membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan penjarakan fizikal sejauh 1.5 meter, berkuatkuasa esok (5 Februari). Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, jemaah […]

Menteri Agama keluar kenyataan beberapa hari lagi

PUTRAJAYA  – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi bagi memperincikan perihal ibadat haji. Beliau dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam beberapa hari sahaja lagi, selepas mengadakan perbincangan tersebut. Zulkifli berkata, beliau berhasrat untuk ke Arab Saudi bagi melihat sendiri tahap […]

Solat Jumaat, fardu di Selangor ikut jumlah jemaah ditetapkan

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah ditetapkan mulai Isnin lalu. Pengarah JAIS Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di kawasan setempat melibatkan masjid, surau kebenaran Jumaat serta surau di negeri berkenaan. Bagi […]

Masjid, surau di Sabah dibuka bagi aktiviti solat jemaah

KOTA KINABALU – Aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di semua zon di Sabah dibenarkan bermula 25 November hingga 6 Disember Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bagi zon jingga dan merah, solat lima waktu terhad kepada 30 jemaah manakala solat Jumaat hanya 40 jemaah. Bagi zon […]

Kelantan benar solat Jumaat, fardu dengan jumlah terhad

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat dan fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini dilaksanakan secara terkawal, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu berkuat kuasa bermula 21 […]

Hanya 100 jemaah dibenarkan di masjid, surau Sarawak

KUCHING  – Berdasarkan perkembangan semasa wabak COVID-19 di Sarawak, hanya 100 jemaah dibenarkan solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau dengan mematuhi penjarakan fizikal, kecuali bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak yang dibenarkan maksimum 200 jemaah. Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan memaklumkan majlis pengimarahan seperti ceramah, kuliah, bacaan al-Quran dan Yasin […]

Surau lebuh raya PLUS dibuka kecuali NS

KUALA LUMPUR – Surau yang disediakan untuk kemudahan pengguna di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dibuka, mulai 13 November. Pembukaan semula surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol itu selari keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan serta negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pegawai […]