Souq@Keluarga Malaysia santuni golongan memerlukan

KUANTAN: Seramai 500 penerima terdiri daripada golongan yang memerlukan, diraikan dalam Program Souq@Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Masjid Jamek Beserah di sini, hari ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu membabitkan penyampaian sumbangan barangan dapur termasuk ayam, […]

Datanglah lagi ke Melaka

AYER Keroh – “Datanglah lagi ke Melaka, orang Melaka sedia menanti,” kata Exco Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan Melaka, Yang Berhormat Datuk Kalsom Nordin yang jelas gembira dengan penganjuran Souq@Keluarga Malaysia oleh YADIM pada 16 Oktober. Menurutnya, kerajaan Melaka mengalu alukan lagi sekiranya program membawa manfaat pada rakyat ini diadakan lagi selepas […]

Souq@YADIM di Pengkalan Chepa santuni 500 keluarga

PENGKALAN CHEPA – Siri Souq@YADIM terbaharu yang diadakan di Parlimen ini telah memanfaatkan 500 penerima terdiri daripada golongan yang memerlukan pada 23 Julai. Mereka yang dibantu menerima barangan dapur seperti tepung, gula, sayuran dan seekor ayam. Mereka turut membawa pulang beras yang disumbangkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana […]

Dakwah berkebajikan untuk 500 warga Taman Dato’ Senu menerusi Souq@YADIM

SENTUL – Kira kira 500 orang penduduk Taman Dato’ Senu di sini menerima manfaat menerusi program Souq@YADIM yang diadakan pada 27 April. Mereka yang hadir ke Madrasah Raudhatul Muttaqin di sini menerima set keperluan Aidilfitri berupa barangan dapur seperti ayam segar, telur, bawang dan sayur-sayuran. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam […]