Home » Langit Terbuka » Souq@Keluarga Malaysia santuni golongan memerlukan

Souq@Keluarga Malaysia santuni golongan memerlukan

KUANTAN: Seramai 500 penerima terdiri daripada golongan yang memerlukan, diraikan dalam Program Souq@Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Masjid Jamek Beserah di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu membabitkan penyampaian sumbangan barangan dapur termasuk ayam, tepung, gula dan beras.

Beliau berkata, penerima sumbangan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti B40, mualaf, warga emas, petani, penoreh getah dan orang kurang upaya.

“Kita juga bekerjasama dengan 50 penghantar makanan untuk menyampaikan barangan keperluan yang sama kepada 50 penerima lain di sekitar kawasan ini.

“Selain itu, saya juga terharu dengan sambutan pengunjung menerusi aktiviti Jualan Rakyat dengan kerjasama Pasaraya YADIMart yang memberikan potongan sehingga 50 peratus ke atas hampir 1,000 jenis barangan keperluan yang dijual dengan peruntukan sebanyak RM300,000,” katanya ketika ditemui media pada program berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zuki berkata, YADIM telah membelanjakan RM330,000 untuk menyantuni 5,800 penerima seluruh negara sejak program Souq diperkenalkan April lalu.

Selain itu, katanya, menerusi penganjuran Malam Zikir Berkah di setiap lokasi JAKM pula, sebanyak 104 buah institusi pondok, rumah penjagaan warga emas dan rumah anak anak yatim telah menerima sumbangan YADIM.

Selain itu, saya juga terharu dengan sambutan pengunjung menerusi aktiviti Jualan Rakyat dengan kerjasama Pasaraya YADIMart yang memberikan potongan sehingga 50 peratus ke atas hampir 1,000 jenis barangan keperluan yang dijual dengan peruntukan sebanyak RM300,000,” katanya ketika ditemui media pada program berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zuki berkata, YADIM telah membelanjakan RM330,000 untuk menyantuni 5,800 penerima seluruh negara sejak program Souq diperkenalkan April lalu.

Selain itu, katanya, menerusi penganjuran Malam Zikir Berkah di setiap lokasi JAKM pula, sebanyak 104 buah institusi pondok, rumah penjagaan warga emas dan rumah anak anak yatim telah menerima sumbangan YADIM.

“Ini bermakna, selain penyampaian bantuan, kerajaan jugamengambil kira aspek pengisian kerohanian dalam penganjuran setiap JAKM yang berlangsung diseluruh negara,” katanya.

Mohd Zuki berkata, secara keseluruhannya, sejak JAKM dilaksanakan kerajaan, YADIM telah memperuntukkan sejumlahRM734,000 bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, YADIM akan terus komited menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Selain itu, YADIM akan terus berfungsi bagi meneraju gerakan dakwah di Malaysia dengan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan keadaan setempat,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *