Home » Citra Yadim » Dakwah berkebajikan untuk 500 warga Taman Dato’ Senu menerusi Souq@YADIM

Dakwah berkebajikan untuk 500 warga Taman Dato’ Senu menerusi Souq@YADIM

SENTUL – Kira kira 500 orang penduduk Taman Dato’ Senu di sini menerima manfaat menerusi program Souq@YADIM yang diadakan pada 27 April.

Mereka yang hadir ke Madrasah Raudhatul Muttaqin di sini menerima set keperluan Aidilfitri berupa barangan dapur seperti ayam segar, telur, bawang dan sayur-sayuran.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam ucapan perasmiannya menyatakan hasrat untuk mengadakan program seumpama ini lagi pada masa akan datang ke seluruh negara dalam membantu keperluan golongan B40.

Berdasarkan sambutan yang diterima, para penduduk dari tujuh lokaliti sekitar kawasan ini menunjukkan rasa gembira dengan inisatif yang dijalankan untuk menyantuni mereka.

Pengerusi Madrasah Raudhatul Muttaqin, Tuan Haji Ramli Ibrahim pula menyifatkan program yang dianjurkan YADIM ini berjaya mengumpulkan masyarakat setempat di sini dan menyatakan penghargaan kerana dipilih sebagai lokasi program.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya dan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Encik Abdul Qaiyum Aris.

Sementara itu terdahulu, Tuan Kamarul juga menyampaikan perkongsian berkenaan kemuliaan 10 malam akhir Ramadan pada majlis ini.

Beliau menekankan agar masyarakat terus bersemangat menyempurnakan fasa akhir Ramadan yang menjadi titik penting untuk bulan penuh mulia & penuh keberkatan ini.

Street Dakwah Souq@YADIM dan Buskirah Sempena Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) ini merupakan program berkonsepkan Street Dakwah, Pasar Rakyat Percuma dan busking hiburan Islamik.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *