YADIM Peduli Santuni Pemandu Teksi Dan E Hailing

SEMELING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah turut tidak ketinggalan menyantuni para pemandu teksi dan E Hailing di negeri ini yang terkesan dengan penularan Covid-19. Bertempat di Jeti Semeling di sini padsa 29 Mac, seramai 120 pemandu dari daerah Kuala Muda menerima sumbangan barangan keperluan dalam satu majlis ringkas di sini. Ia disempurnakan oleh […]

Ramah mesra pelbagai kaum di Kampung Telibong

TUARAN – Gerak kerja Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  menyantuni semua lapisan masyarakat. Sesuai dengan itu, satu majlis ramah mesra telah diadakan di Kampung Telibong di sini yang dihadiri 20 keluarga daripada pelbagai kaum pada 28 Mac. Meskipun hanya dua wakil keluarga  yang hadir adalah Muslim, kesemua mereka yang hadir tetap disantuni menerusi pemberian barangan […]

Kerusi roda, barangan makanan untuk pesakit kencing manis

JOHOL – Jima Isman, 57 , dari Kampung Dingkir di sini merupakan penghidap kanser payu dara tahap empat dan kencing manis kronik sehingga kaki kirinya terpaksa dipotong. Ekoran itu, wanita ini menghadapi masalah untuk bergerak dan memerlukan kerusi roda untuk membantunya. Prihatin dengan keadaannya, YADIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Amal Dan Kebajikan Al Baasith […]

Sumbangan untuk mangsa ribut Sungai Limau

YAN – Satu kejadian ribut telah berlaku pada 24 Mac di sekitar kawasan Sungai Limau di sini mengakibatkan beberapa kediaman mengalami kerosakan. Bertindak segera atas kejadian tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 25 Mac telah tampil menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian bagi menyantuni mangsa mangsa kejadian. Antara kawasan yang terlibat termasuklah Kampung […]

YADIM Peduli.: Ziarah Asnaf di Kota Bharu

MACHANG – Asmariham Awi, 46 merupakan seorang pengidap kencing manis yang baharu sahaja menjalani pembedahan akibat penyakitnya itu. Malang bagi dirinya, kaki kirinya terpaksa dipotong hingga ke paras lutut. Keadaannya itu sekarang menyebabkannya sukar bergerak dan menguruskan dirinya selain terpaksa bergantung kepada suami, Mohd Donsukari Mamat, 47 untuk membantunya. Mohd Donsukari pula kini hilang punca […]

Dua keluarga memerlukan terima sumbangan YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 23 Mac telah membantu dua keluarga yang memerlukan di sini. Hidayatullah Mat Rahim berumur 31 tahun menetap di kampung Wakaf Stan, Kota Bharu di sini.  Sebelum ini bekerja menjual buah-buahan, namun kini terlantar di rumahnya selepas terkena serangan angin ahmar kali kedua pada 9 Februari […]

Asnaf Ruat terima sumbangan YADIM Kedah

YAN – Seramai 10 penduduk di Kampung Ruat di sini, menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Mac. Mereka yang disantuni terdiri daripada individu sakit terlantar, warga emas,  asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Hadir ke program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Kampung Ruat Haji Kamruzzaman […]

Gotong Royong dan Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Kebun Bharu

KEBUN BHARU – Kampung Kebun Bharu menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat. Program pada 21 Mac ini bermula dengan aktiviti bergotong royong di rumah keluarga Taipur Ahmad Darso, seorang warga emas yang uzur di sini. Program diteruskan dengan menyampaikan sumbangan lampin pakai buang kepada seorang lagi […]

Musaadah Covid 19 2.0 YADIM Negeri Johor

TANGKAK – Dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sayang Ledang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 21 Mac telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada asnaf daerah ini. Sebanyak 100 keluarga disantuni dalam program Musaadah Covid-19 2.0 YADIM Negeri Johor ini. Hadir menyampaikan sumbangan bagi pihak YADIM Johor ialah pengarahnya, Muhamad Ammar Abdullah. Kelab Kebajikan Sayang […]

178 Pek Serbuk Pencuci Pakaian Untuk Perkampungan Dikenakan PKPD

BAU – Apabila  Kampung Tringgus Bong, Kampung Tringgus Rabak Rotan dan Kampung Tringgus Matan Nguan di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pada 7 Mac, salah seorang penduduknya telah memohon pertolongan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Mereka memohon agar dapat disumbangkan serbuk pencuci pakaian untuk kegunaan penduduk kampung tersebut. Segera bertindak atas permintaan berkenaan, […]