Home » Citra Yadim » YADIM Peduli.: Ziarah Asnaf di Kota Bharu

YADIM Peduli.: Ziarah Asnaf di Kota Bharu

MACHANG – Asmariham Awi, 46 merupakan seorang pengidap kencing manis yang baharu sahaja menjalani pembedahan akibat penyakitnya itu. Malang bagi dirinya, kaki kirinya terpaksa dipotong hingga ke paras lutut.

Keadaannya itu sekarang menyebabkannya sukar bergerak dan menguruskan dirinya selain terpaksa bergantung kepada suami, Mohd Donsukari Mamat, 47 untuk membantunya.

Mohd Donsukari pula kini hilang punca pendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pasangan yang sudah berkahwin selama 16 tahun ini dikurniakan seorang cahaya mata berusia 13 tahun yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya.

Difahamkan keluarga ini sudah tiga bulan tidak dapat membayar sewa rumah akibat tiada punca pendapatan kini.

Kesulitan dihadapi keluarga ini mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan yang pada 24 Mac hadir menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff. Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Induk Sukarelawan YADIM Kelantan, Norsham Husni.

Beberapa kali air mata Asmariham tumpah dalam pertemuan ini. Dia juga melontarkan hasrat memiliki sebuah rumah yang ingin dibinanya di tapak tanah pusaka keluarga di sini supaya ada keluarga terdekat yang dapat membantunya di saat tidak mampu menguruskan diri kelak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *