Bantuan kewangan haji diumum selepas kerajaan Arab Saudi umum kos kerjakan haji – Idris

Kuala Lumpur- Bantuan kewangan haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah yang akan mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos keseluruhan yang dikehendaki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu akan diumumkan selepas prosedur operasi standard (SOP)negara itu dimuktamadkan. […]

Idris serah watikah pelantikan enam ahli RCI Tabung Haji

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menyerahkan watikah lantikan kepada enam ahli jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Idris berkata, pelantikan ahli jawatankuasa itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Penubuhan RCI Tabung Haji merupakan hasrat ramai pihak […]

Agong perkenan tubuh RCI siasat isu Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pengurusan dan pengoperasian Lembaga Tabung Haji (TH) dari 2014 hingga 2020. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penubuhan RCI itu dilakukan […]

Tabung Haji sedia urus keselamatan, kesihatan jemaah haji

KUALA LUMPUR – Meskipun ibadah haji ditangguhkan dua kali akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia, Tabung Haji (TH) tetap meneruskan persiapan haji dengan mengambil kira situasi pandemik dan perkembangan semasa di Arab Saudi.   Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perancangan dan persiapan itu telah dilaksanakan sejak musim haji […]

TH lancar Rangka Kerja Pengawasan

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan Rangka Kerja Pengawasan (RKP) pada Jumaat sebagai asas kepada kawalan tadbir urus dalam usaha memastikan TH dapat menunaikan mandat pengurusan haji bertaraf dunia dengan lebih berkesan dan lestari Pengerusinya, Tan Sri Md Nor Yusof berkata, pelancaran RKP ini juga berlandaskan kepada konsep Maqasid Syariah yang merangkumi lima […]

Tabung Haji perkenal kaedah buka akaun secara maya

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan kaedah pembukaan akaun secara maya (VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit berurusan dengan mereka secara dalam talian. Pengenalan VAO merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital TH ke arah memperluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa, mesra alam, selamat dan cekap. Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim […]

Kaunter TH beroperasi secara janji temu mulai esok

KUALA LUMPUR  – Semua kaunter di 123 pejabat cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) seluruh negara akan dibuka secara janji temu bermula Selasa (25 Mei) selaras dengan langkah kerajaan memperketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad berkata, pendeposit boleh membuat janji temu dengan melayari laman sesawang TH di www.tabunghaji.gov.my dan klik […]

Bakal jemaah haji diminta bersedia tahun ini: TH

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) meminta bakal jemaah haji Malaysia untuk bersedia sekiranya kerajaan Arab Saudi membenarkan jemaah luar negara untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, nasihat itu dikeluarkan selepas Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan bahawa ibadat haji […]

Bayaran tunai haji tahun ini belum ditetapkan

KUALA LUMPUR – Bayaran yang akan ditanggung bakal jemaah haji bagi tahun ini masih belum ditetapkan walaupun kos mengerjakan haji meningkat kira-kira sembilan peratus, kata Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berkata, antara factor peningkatan kos it adalah berikutan caj cukai nilai tambah yang dinaikkan kerajaan […]

Tabung Haji Sasar Agih Keuntungan Lebih Stabil

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mensasarkan agihan keuntungan lebih stabil pada masa hadapan selaras matlamat penubuhannya untuk mengurus wang umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, kadar pulangan yang lebih lestari adalah sangat penting kerana bakal jemaah haji Malaysia perlu […]