Jaminan kerajaan kepada simpanan pendeposit TH kekal

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menjamin simpanan sembilan juta pendeposit Tabung Haji (TH) yang sudah diberikan sebelum ini bagi memastikan agensi itu terus menjadi kebanggaan dan harapan umat Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata TH berada di landasan betul untuk mengorak […]

Bincang kos haji dengan Arab Saudi

Kuala Lumpur – Sebarang penambahan kos ibadat haji akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pihaknya menjangkakan kenaikan kos dan penambahan syarat berikutan penularan wabak Covid-19. Katanya, unjuran kos juga belum dapat ditentukan pada masa ini kerana belum ada simulasi […]

Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pencetus idea hingga tertubuhnya Lembaga Tabung Haji (TH), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court, ibu negara pada pukul 4.30 petang tadi. Isteri beliau, Rohayah Ahmad Bahiran memaklumkan jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada […]

Kuota Haji: TH tunggu perincian dari mesyuarat menteri-menteri di Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan menunggu sebarang perkembangan dari mesyuarat tahunan melibatkan urusan Haji di Arab Saudi, sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan jemaah haji Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan TH Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, buat masa ini pihak beliau belum dimaklumkan mengenai tarikh sebenar mesyuarat itu. […]

Pendeposit TH perlu pastikan akaun sentiasa aktif

KUALA LUMPUR – Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun akan dikategorikan sebagai tidak aktif atau berstatus dorman. TH dalam satu kenyataan bagaimanapun, menjelaskan simpanan terdapat dalam akaun dorman masih boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit apabila akaun mereka diaktifkan semula dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi atau pengeluaran wang. […]

Tabung Haji tidak dikuasai bukan Islam

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi TH setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78 bilion. “Selaras […]

Pendapatan TH meningkat

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) mencatat pendapatan pelaburan RM1.55 bilion dalam tempoh setengah tahun pertama tahun ini disokong oleh pelaburan di pasaran sukuk dan saham. Pelaburan aset pendapatan tetap menyumbang RM1 bilion iaitu 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan TH bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu. Pelaburan hartanah menjana pendapatan RM204.57 juta manakala […]

Kerajaan akan wujud garis panduan pelaksanaan badal haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan garis panduan khas berhubung pelaksanaan badal haji atau upah haji bagi memastikan tiada sebarang unsur penipuan dan keraguan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan pihak Tabung Haji untuk menyelaraskan harga, prosedur dan proses pelaksanaan ibadat […]

Hati-hati dengan tawaran haji guna visa furada!

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dan tidak berurusan dengan pihak yang menawar untuk menunaikan haji menggunakan visa diurus sendiri. TH dalam satu kenyataan hari ini (14 Jun) menegaskan bahawa kerajaan menangguhkan ibadat haji rakyat Malaysia tahun ini melibatkan semua bakal haji termasuk yang bercadang menggunakan […]

TH tangguh semua urusan berkaitan operasi haji

SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1441H/2020M akan ditangguhkan atas faktor keselamatan dan kesihatan. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, tindakan itu diambil selaras dengan keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri […]