Home » Langit Terbuka » Tabung Haji perkenal kaedah buka akaun secara maya

Tabung Haji perkenal kaedah buka akaun secara maya

Bakal pendeposit hanya perlu melayari laman sesawang www.thijari.com.my, kemudian mengisi butiran lengkap borang yang disediakan secara dalam talian untuk membuka akaun baharu. - Foto Semakan Online.com

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan kaedah pembukaan akaun secara maya (VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit berurusan dengan mereka secara dalam talian.

Pengenalan VAO merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital TH ke arah memperluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa, mesra alam, selamat dan cekap.

Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata VAO bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam membuka akaun dengan lebih mudah tanpa mengira mereka berada di mana saja.

“TH menyaran para pendepositnya untuk terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mengurangkan interaksi secara bersemuka di kaunter cawangan di seluruh negara berikutan penularan Covid-19 yang amat membimbangkan kini,” katanya dalam kenyataan pada 27 Mei.

Bakal pendeposit hanya perlu melayari laman sesawang www.thijari.com.my, kemudian mengisi butiran lengkap borang yang disediakan secara dalam talian dan seterusnya hadir di mana-mana cawangan TH bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Kata Mustakim inisiatif itu sekali gus memudahkan urusan membuta akaun baru dari 15 minit kepada satu minit.

Pendeposit terbabit juga katanya akan diberi keutamaan di cawangan TH kerana telah melengkapkan permohonan mereka terlebih dahulu secara dalam talian.

“Bakal pendeposit perlu memenuhi syarat-syarat pembukaan akaun dan hanya perlu membawa MyKad dan amaun deposit permulaan,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *