YADIM Peduli Santuni Masyarakat Tionghua dan Mualaf Siri 3

KULIM – Dalam suasana Tahun Baru Cina yang masih terasa,  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) telah menyantuni masyarakat Tionghua dan muallaf di Kampung Tok Rasul, Kampung Simpang Tiga Keladi, Taman Kenari, Taman Aman dan Taman Bidara di sini. Antara rakan rakan NGO yang terlibat dalam program […]

YADIM Peduli Pulai Pinang sempena Tahun Baru Cina

GEORGETOWN – Masyarakat Tionghua di sini yang memerlukan menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 13 Februari. Ia bertujuan membantu menceriakan mereka yang menyambut Tahun Baru Cina. Program ini memberi manfaat kepada 50 keluarga yang masing masing menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas. Pada hari yang sama, YADIM Pulau Pinang juga menyampaikan sumbangan kepada […]

Keluarga saudara baharu terkesan Covid-19 dibantu YADIM

JOHOR BAHRU – Cuba meneruskan kehidupan di sebuah bandaraya tanpa mempunyai pendapatan amat sukar untuk dibayangkan. Bertambah perit apabila bertanggungjawab menyara sebuah keluarga. Namun itulah yang dihadapi Muhammad Lee Sung Lee dari Plentong di sini. Hampir setahun tidak mempunyai pekerjaan akibat diberhentikan majikan kerana kesan Covid-19,Muhammad Lee Sung Lee memberitahu dia menempuh tempoh yang amat […]

30 keluarga OKU terima sumbangan

JOHOR BAHRU – Meneruskan usaha menyantuni semua lapisan masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Februari telah menyampaikan sumbangan kepada golongan  Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar bandaraya ini. Seramai 30 keluarga OKU  menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai daripada YADIM. Ia adalah sebahagian daripada pengisian program YADIM Peduli selama dua […]

Sahabat Tiong Hua disantuni YADIM Sabah

PENAMPANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah turut tidak ketinggalan meraikan rakan rakan masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina. Pada 13 Februari, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada lapan buah keluarga memerlukan di sekitar Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Melalui kerjasama ini, YADIM menyumbang bakul makanan sementara MACMA […]

YADIM santuni komuniti Tiong Hua warga emas sempena Tahun Baru Cina

JOHOR BAHRU – ‘Hao, Hao’ (bagus, bagus)… ujar seorang warga emas di Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria Johor Bahru, sebaik menerima paket Ang Pao. Senyuman tidak lekang daripada wajahnya selepas menerima paket merah mengandungi sedikit sumbangan itu. Dari kejauhan kelihatan dia teruja dengan kedatangan kami ke pusat jagaan warga emas itu. ‘”Gong Xi Fat Choi […]

YADIM Peduli: Musaadah 2.0. Ziarah Muallaf

KUBANG PASU – Sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelma, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik antaranya Hidayah Centre Foundation Kedah, Majlis Dakwah Negara, Dhu’afa Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra menyantuni tiga keluarga muallaf sekitar kawasan ini. Dalam suasana masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu dalam norma […]

MAIWP cadang memasyarakatkan masjid, santuni pelbagai kaum

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang mengadakan rumah terbuka bagi menyambut perayaan pelbagai kaum di perkarangan masjid terpilih di ibu negara mulai tahun hadapan. Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata ia sebagai langkah mengeratkan lagi perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini, selain menyemai sifat hormat-menghormati dan berkasih […]

Perutusan Tahun Baharu Cina 2020 MAWAR-YADIM

Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR-YADIM) mengucapkan Gōng XǐFa Cái kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambut Tahun Baru Cina. Kami berkongsi kegembiraan dengan semua masyarakat berbangsa Cina di Malaysia atas sambutan ini. Malaysia adalah bumi bertuah yang dianugerahkan Tuhan dengan penduduk berbilang kaum, agama dan etnik yang dapat hidup secara rukun dan damai. Islam sebagai satu […]

Pelihara kepelbagaian kaum, jangan keruhkan keharmonian

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Tahun Baru Cina dengan penuh […]