Home » Citra Yadim » 30 keluarga OKU terima sumbangan

30 keluarga OKU terima sumbangan

JOHOR BAHRU – Meneruskan usaha menyantuni semua lapisan masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Februari telah menyampaikan sumbangan kepada golongan  Orang Kelainan Upaya (OKU) di sekitar bandaraya ini.

Seramai 30 keluarga OKU  menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai daripada YADIM.

Ia adalah sebahagian daripada pengisian program YADIM Peduli selama dua hari di bandaraya ini sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Pengerusi Persatuan Orang  Cacat Penglihatan Islam Malaysia cawangan Johor, Norshida Alwee

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.

Secara keseluruhan, YADIM membelanjakan sebanyak RM30,000 untuk program ini yang memberi manfaat kepada 365 penerima.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *