Home » Citra Yadim » Keluarga saudara baharu terkesan Covid-19 dibantu YADIM

Keluarga saudara baharu terkesan Covid-19 dibantu YADIM

JOHOR BAHRU – Cuba meneruskan kehidupan di sebuah bandaraya tanpa mempunyai pendapatan amat sukar untuk dibayangkan.

Bertambah perit apabila bertanggungjawab menyara sebuah keluarga. Namun itulah yang dihadapi Muhammad Lee Sung Lee dari Plentong di sini.

Hampir setahun tidak mempunyai pekerjaan akibat diberhentikan majikan kerana kesan Covid-19,
Muhammad Lee Sung Lee memberitahu dia menempuh tempoh yang amat sukar.

Tidak henti henti bapa kepada dua anak ini mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diterimanya.

“Alhamdulillah, baharu boleh saya beli dan selesaikan apa yang patut. Rumah juga perlukan sedikit pembaikan,”katanya ketika ditemui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program YADIM Peduli sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 13 Januari.

Muhammad kini baharu sahaja mempunyai pekerjaan baharu pada bulan lepas sebagai pengawal keselamatan di sini.

Beliau merupakan antara 20 keluarga saudara baharu dari kalangan asnaf yang menerima sumbangan YADIM di bandaraya ini.

Mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian, telekung, pakaian, alat tulis, buah limau serta sedikit wang tunai.

Ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang diiringi Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah.

Hadir sama dalam program ini ialah  Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia, Haji Saiful Choo Abdullah.

Program YADIM Peduli ini diadakan selama dua hari sempena sambutan Tahun Baru Cina bertujuan menyantuni saudara baharu, warga emas dan golongan Orang Kelainan Upaya yang memerlukan di sekitar bandaraya ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *