Malaysia akur pendirian Arab Saudi tangguh ibadah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akur pendirian Arab Saudi yang menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terpulang kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka lebih memahami keadaan di sana. Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengikuti perkembangan dari semasa […]

Tangguh dulu rancangan kerja haji

RIYADH – Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji sehingga wabak COVID-19 dapat dikawal. Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten, berkata Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah. “Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai wabak global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat. “Oleh itu, kita meminta […]

Nikah di Johor ditangguh

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangguhkan semua majlis akad nikah di negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu. Pengarah JAINJ Datuk Md Rofiki A Shamsudin berkata, surat pekeliling berkaitan perkara itu sudah diberikan kepada Pejabat Kadi seluruh daerah. Katanya, penangguhan itu akan berlangsung sepanjang penguatkuasaan […]

Tangguh aktiviti masjid, surau dilanjut, kata menteri agama

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan aktiviti melibatkan masjid dan surau termasuk menunaikan solat Jumaat dan berjemaah dilanjutkan sehingga tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir. Zulkifli berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan, berdasarkan peningkatan kes […]

Jurunikah diberi kuasa tangguhkan pernikahan

KUALA TERENGGANU – Jurunikah di seluruh negeri ini diberi kuasa sepenuhnya menangguhkan pernikahan jika penganjur gagal mematuhi langkah pencegahan COVID-19. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata mereka yang sudah diberi kebenaran berkahwin sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa dicadang menangguhkan sehingga keadaan pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, jika pasangan mahu meneruskan juga majlis […]

Jakim tangguh majlis tilawah al-Quran antarabangsa

PETALING JAYA: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 11 April ditangguhkan, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ketua Pengarah Jakim Paimuzi Yahya berkata, MTHQA yang dijadual diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. “Tindakan ini susulan keputusan kerajaan supaya […]