Home » Langit Terbuka » Nikah di Johor ditangguh

Nikah di Johor ditangguh

Urusan nikah di Johor sudah ditangguhkan bermula 18 Mac lalu kerana JAINJ mengambil langkah pencegahan untuk memutuskan rantaian virus Covid-19. - Foto Libur.com

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangguhkan semua majlis akad nikah di negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Pengarah JAINJ Datuk Md Rofiki A Shamsudin berkata, surat pekeliling berkaitan perkara itu sudah diberikan kepada Pejabat Kadi seluruh daerah.

Katanya, penangguhan itu akan berlangsung sepanjang penguatkuasaan PKP.

“Segala urusan nikah di negeri ini sudah ditangguhkan bermula 18 Mac lalu kerana kita mengambil langkah pencegahan untuk memutuskan rantaian virus Covid-19.

“Ini kerana, biasanya, urusan nikah ini biasanya dihadiri ramai orang.

“Setakat ini, tiada kadi mahupun naib kadi yang disahkan positif Covid-19. Sebab itu kami ambil langkah pencegahan dengan menangguhkan urusan nikah ini,” katanya dihubungi.

Selain Johor, Perak dan Selangor turut mengambil pendekatan sama. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *